Sedang umat Islam terpaksa menangani perangai syaitan produser filem
yang tidak ada kerja selain menjadikan dunia semakin tidak selamat, dan
sedang kita menangani syaitan di tempat sendiri, iaitu Ngeh Khoo Ham
atau DAP atas sikap tidak sensitif dan pandangan sembrono mengenai
protes terhadap filem tersebut, kita jangan sekali-kali terlepas pandang
akan ancaman syaitan yang satu lagi yang bukan sahaja disasarkan kepada
agama kita, tetapi juga nilai-nilai kekeluargaan, moral dan juga
kemasyarakatan secara keseluruhannya – iaitu ancaman sindrom lesbian,
gay, biseksual dan transgender (LGBT)
Jika tidak silap, hanya beberapa tahun kebelakangan ini masyarakat kita
mula menyedari betapa seriusnya ancaman LGBT di negara ini walaupun
telah dikejutkan mengenainya lebih awal iaitu, lebih kurang 10 tahun
sebelumnya, selepas kes liwat Anwar Ibrahim hangat diperkatakan.
Dalam jangka masa yang sama juga, golongan LGBT dan para aktivis hak
mereka di Malaysia telah berjuang tanpa jemu untuk menyatakan kewujudan
mereka dan memaksa masyarakat menerima ‘seksualiti luar-tabie’ mereka.
Program Seksualiti Merdeka adalah salah satu dari usaha mereka yang
paling berani untuk mempromosi aktiviti paling hina dan jijik itu
sebagai sesuatu yang semulajadi.
Hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan aktiviti seperti itu
adalah menyalahi undang-undang tidak menghalang mereka dari terus
berjuang. Jiwa yang sesat ini merayap di jalan-jalan belakang dan di
internet cuba untuk mengumpan mereka yang suci dan naïf, anak-anak muda,
agar menyertai mereka dalam kegelapan dunia Sodom dan Gomorrah atau
Pompeii moden, di mana undang-undang digubal berdasarkan nafsu.
Bagi mengawal golongan ini dari memaksa cara hidup jahiliah ke atas
masyarakat kita, kerajaan dikatakan telah mengeluarkan garispanduan
untuk mengesan simtom LGBT di kalangan murid sekolah. Antaranya,
kegemaran memakai baju berkolar V, warna terang mungkin merupakan
petanda seorang budak lelaki itu terlibat dalam gejala gay.
Akibatnya, ia telah mencetuskan kekecohan di kalangan gay, para
penyokong dan pensimpati mereka. Malaysia telah dikritik oleh media
barat dan juga media gay/LGBT di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri,
pejuang hak LGBT telah bertindak mempermainkan garispanduan tersebut dan
kerajaan juga.
Bagi mereka, garispanduan tersebut
adalah merepek kerana seksualiti seseorang tidak dapat dan tidak harus
dinilai melalui fesyen atau warna pakaian.
Penulis harus mengaku bahawa mereka punya hujah yang baik di situ
walaupun penulis diberitahu bahawa ia adalah satu fakta yang diketahui
umum bahawa gay memang gemarkan fesyen sebegitu, supaya senang mengesan
sesama mereka.
Cuma masalahnya ialah, walaupun hujah mereka mengenai fesyen tersebut
boleh digunapakai, ia bukan merupakan alasan sebenar bagi mereka
mempermainkan garispanduan tersebut dan juga kerajaan.
Alasan sebenar mereka ialah untuk mempermainkan segala-galanya yang
menyatakan bahawa LGBT adalah satu kesalahan dan satu dosa.
Untuk ini, mereka telah mengambil langkah yang keterlaluan kerana ia
juga bermakna yang mereka mempermainkan Islam, nilai kekeluargaan dan
moral yang menjadi tunjang masyarakat yang sihat dan berperaturan.
Yang mana juga membawa makna bahawa mereka secara terbuka mencabar
perlembagaan dan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai
agama rasmi.
Justeru, apakah perbezaan antara pejuang hak LGBT ini dengan Nakoula
Basseley Nakoula, si syaitan yang menerbitkan filem Innocence of
Muslims? Bukankah mereka sama-sama mempermainkan dan mencabar umat
Islam? Islam? dan ajaran Al-Quran?
Pejuang LGBT dan juga pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik telah
menyuarakan bahawa tindakan mempermainkan garispanduan itu sekali gus
menunjukkan yang masyarakat memprotes diskriminasi terhadap LGBT.
Mengambil langkah yang lebih jauh lagi, para pejuang ini merancang
sebuah program yang lebih besar untuk meluahkan kelucuan mengenai
‘garispanduan untuk mengesan gay melalui fesyen’. Program ini dipanggil
National Wear V-Neck Day di mana semua orang diseru untuk memakai baju
berkolar V untuk mempermainkan kerajaan.
Program ini yang dirancang diadakan pada 1 Oktober telah pun menerima lebih 1700 pendaftaran melalui Facebook.
Jika ini belum cukup untuk membuktikan tujuan sebenar mereka, Reverend O
Young Wen Feng (juga dikenali sebagai Ngeo Boon Lin), seorang padri
gay dari Malaysia yang berkahwin dengan pasangan gaynya di Kuala Lumpur
Ogos lalu juga telah menandatangi program ini di facebooknya.
Dengan itu, adalah jelas bahawa ia bukan berkenaan ‘garispanduan yang
merepek’, tetapi berkenaan ‘mempromosi dan memperjuangkan hak LGBT’.
Ia adalah berkenaan menyatakan bahawa ajaran Islam itu salah. Ia juga
tentang menyatakan bahawa kepimpinan Islam adalah penghalang kepada
kebebasan total. Ia tentang undang-undang mengenai homoseksual adalah
lapuk dan ketinggalan zaman, sepertimana yang pernah dinyatakan oleh
Anwar Ibrahim.
Jika garis panduan kolar-V adalah merepek, maka National Wear V-neck Day
adalah tidak lebih dari mengangkat sesuatu yang merepek ke tahap yang
lebih tinggi.
Pejuang LGBT mungkin mampu mendapatkan beribu-ribu hadirin ke program
yang merepek tersebut tetapi ingatlah bahawa ibubapa di Malaysia yang
menentang carahidup LGBT adalah berjuta – dari semua kaum dan agama.
Masyarakat LGBT di seluruh dunia mungkin boleh mempermainkan Al-Quran
atau garispanduan yang dibentangkan kerajaan Malaysia, tetapi majoriti
rakyat Malaysia yang rasional dan normal, akan berdiri teguh di belakang
kerajaan yang prihatin terhadap anak-anak dan keluarga kami. Lagipun
apalah yang kerajaan bimbangkan akan tuduhan ‘merepek’ yang dilemparkan
oleh golongan luar tabie? Apakah yang lebih merepek dari menganggap
perkara luar tabie itu sebagai semulajadi? - Beruang Biru
0 comments:
Post a Comment