Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 9, 2012

JAMUAN RAYA UMNO LIPIS MERIAH





Kuala Lipis, 8hb September 2012 - UMNO Bahagian Lipis telah mengadakan Jamuan Hari Raya pada petang semalam. Jamuan yang sungguh meriah ini adalah diluar jangkaan kerana kehadirannya dianggarkan hampir 4 ribu orang. Kemungkinan besar kehadiran yang diluar dugaan ini kerana ianya turut sama dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob sebagai tetamu jemputan.

Menteri Besar Pahang juga turut menyampaikan bantuan kepada 80 bakal jemaah haji tanpa mengira fahaman politik. UMNO Bahagian juga menyampaikan sumbangan kepada para pelajar sekolah serta warga tua di majlis berkenaan.


Hadir sama adalah Ketua UMNO Bahagian berserta AJK, Ketua Sayap Pemuda dan Wanita berserta AJK, YB Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN dalam Parlimen Lipis, serta mantan ADUN dalam Parlimen Lipis.

















0 comments:

share2