Setelah sekian lama Pakatan berkuasa di Selangor dan setelah propaganda demi propaganda dilakukan, dan setelah alasan demi alasan diberikan oleh Menteri Besar, krisis air di Selangor menjadi semakin serius.
Nyata bahawa pemimpin pakatan hanya pandai mengkritik dan menyalahkan BN namun apabila mereka memeggang kuasa, tidak ada apa yang dapat mereka lakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Tidak mustahil negeri Selangor akan jadi seperti Kelantan, yang menghadapi krisis air yang berlarutan dan tidak akan sudah-sudah. Akibatnya rakyat juga yang akan menanggung sengsara.
Bukan sedikit janji kerajaan Pakatan di Selangor untuk menyelesaikan masalah air yang sudah dihadapi sekian lama, namun janji tetap tinggal janji. Kerana itu jugalah pemimpin pakatan sangat phobia dengan slogan kerajaan BN 'Janji Di Tepati' kerana mereka sedar bahawa apabila BN berjanji, maka janji itu akan ditepati sedangkan janji-janji mereka hanyalah janji palsu dan janji untuk sekadar meraih sokongan dan undi dari rakyat terutama menjelang pilihanraya.
Sepatutnya rakyat pandai menggunakan kuasa mereka yang ada dengan menolak menteri-menteri besar seperti di Selangor dan Kelantan yang tidak mampu memberi khidmat kepada rakyat selama ini. Sebelum pakatan melaksanakan slogan 'tukar' mereka itu, sepetutnya mereka terlebih dahulu melihat kepada diri mereka sendiri, siapakah yang sebenarnya perlu ditukarkan.? Tukar Khalid gagap dan tukar juga Nik Aziz yang sudah pasti tidak akan mampu mengubah nasib rakyat negeri Kelantan.
0 comments:
Post a Comment