Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 18, 2012

Restoran Mamak Tidak Halal ?


KUANTAN - Memeranjatkan! Semua restoran mamak atau India Muslim di negeri ini tidak mempunyai sijil halal kerana gagal memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) , Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz kepada pihak media sebelum melaksanakan operasi Ops Mamak di beberapa lokasi di sekitar bandar ini.

Menurut Mohd. Ghazali, permohonan mereka tidak dapat diluluskan kerana gagal mengikut garis panduan yang ditetapkan JAIP atau agensi berkaitan.

"Walaupun terdapat pemilik restoran mamak yang memohon untuk mendapatkan sijil berkenaan, mereka gagal kerana tidak mematuhi aspek kebersihan dan kesucian mengikut syarak termasuk penggunaan bahan masakan yang diragui.

"Malah, mereka juga gagal hadir menyertai kursus-kursus yang ditetapkan agensi berkaitan seperti JAIP, Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mendapatkan sijil halal," jelasnya.

Katanya, terdapat juga restoran yang sengaja menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan memakai kopiah bagi mengaburi mata pelanggan di kalangan umat Islam sedangkan mereka bukan muslim.

"Umat Islam akan mudah terpengaruh dengan elemen tersebut dengan memilih restoran terbabit sedangkan ada di antara mereka tidak pernah langsung memohon sijil halal.

"Justeru, Ops Mamak ini dilakukan bagi memberi pendidikan kepada pengusaha restoran mamak agar membuat permohonan dan sekali gus mempamerkan logo halal di premis mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, Ops Mamak dilakukan selepas mendapat aduan daripada orang ramai kerana terdapat pelbagai laporan negatif berhubung operasinya terutama dalam aspek penyediaan makanan.

"Pelbagai aduan diperoleh, tambahan pula restoran mamak paling mendapat perhatian di kalangan masyarakat terutama umat Islam.

"Oleh itu, JAIP mengambil pendekatan membuat pemeriksaan dan menasihati mereka supaya memohon sijil halal. JAIP juga akan melakukan pemantauan secara berterusan," ujarnya.

0 comments:

share2