Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Wilayah Pungut 5 Pingat Emas


KUANTAN - Gimnas Wilayah Persekutuan Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany melakar kejutan apabila meraih lima pingat emas daripada enam pingat yang dipertandingkan bagi acara gimrama di Sukan Malaysia 2012 Pahang, di sini Isnin.

Pada acara gimnas individu alatan, Fatin Jalany merebut tiga pingat emas menerusi empat disiplin yang dipertandingkan iaitu bola, belantan dan gelung. Acara berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.

"Memang sangat gembira kerana dapat meraih pingat emas buat Wilayah Persekutuan. Sasaran saya hari ini mahu empat pingat emas.

"Walaupun saya tidak berjaya kumpul kesemua pingat emas yang dipertandingkan, yang penting pingat emas bagi disiplin riben turut diraih oleh Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita.

Bagi disiplin riben, Fatin Jalany meraih pingat perak apabila tewas kepada rakan sepasukannya Tan Qing Tong di tempat pertama, manakala pingat gangsa disandang oleh Iman Iskandar Chan dari Selangor.

0 comments:

share2