KUANTAN - Bola Sepak merupakan acara yang memang menjadi perhatian utama dalam mana - mana acara temasya sukan yang diadakan didalam dunia.
Oleh yang demikian, ramai yang beranggapan pasukan yang berjaya muncul juara Bola Sepak diibaratkan sudah memenangi 'Ibu Emas'.
Dalam temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang kali ini, Sabah menjadi pasukan yang berjaya membawa pulang 'Ibu Emas' tersebut malam semalam.
Mereka yang sebelum ini berjaya menjinakkan pasukan Negeri Nembilan turun bertemu dengan Negeri Perak dalam saingan akhir perlawanan Bola Sepak Sukan Malaysia 2012.
Aksi Sabah bermula garang namun masih buntu menemui sebarang jaringan pada awala babak pertama perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Berakhirnya minit ke 90, para penonton beranggapan ianya akan ditamatkan melalui penentuan sepakan penalti. Walaubagaimana pun, Sabah bertindak membolosi gawang gol Perak seawal minit pertama masa tambahan.
Pada perlawanan yang disaksikan 10,000 penonton, Sabah mengesahkan pingat emas menerusi jaringan Zulmansshah Aling (minit ke-91), Lepold Alfonso (minit ke-97) dan pemain muda sensasi, Rozaimi Abdul Rahman (minit ke-101) meranapkan impian Perak mengulangi kejayaan pada Sukma 2002.
Sabah menang ke atas Perak, 3-0.
Pingat Gangsa acara tersebut pula menjadi milik Wilayah Persekutuan yang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Kuantan 1 yang telah diadakan pada sebelah petang.
0 comments:
Post a Comment