KUANTAN - Pahang terus mendahului kutipan Emas bagi acara Menembak hari ini setelah berjaya mengutip 4 pingat Emas.
2 Emas skuad Negeri Pahang disumbangkan melalui acara 50m Free Pistol Lelaki bagi kategori Individu dan Berkumpulan.
Pahang yang diwakili Muhammad Muhaithir berjaya menewaskan rakan sepasukan Abdul Hadi dan peserta dari Melaka, Johnathan Wang.
Manakala bagi acara berkumpulan pula, Pahang diwakili oleh Muhammad Muhaithir, Abdul Hadi dan Abdul Aziz menewaskan pasukan Johor ditangga kedua dan Selangor ditangga ketiga.
Selain itu, skuad Menembak Pahang Wanita juga turut merangkul pingat Emas bagi acara 10m Air Rifle Individu yang diwakili oleh Nurul Izzatie Roslan.
Manakala pingat Perak pula dimenangi oleh Juain Izni Zamil dari negeri Selangor dan Gangsa pula turut dimenangi oleh peserta Pahang, Nor Fadhilah.
Pasukan Pahang juga turut memiliki Emas melalui acara 10m Air Rifle Berpasukan Wanita yang diwakili oleh Nurul Izzatie, Norfadhilah dan Aina Zahiran.
Mereka boleh berjaya menewaskan Aida Natasya, Nur Rahimah dan Sulhilnani dari Melaka serta peserta dari Pulau Pinang yang diwakili oleh Nur Dayana, Gladys Fong dan Syaza Amirah.
0 comments:
Post a Comment