Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Muhammad Rafiq Sumbang Emas Buat Wilayah (Video)


KUANTAN -  Apa lagi perasaan yang boleh diluahkan oleh seorang bapa apabila melihat kejayaan anaknya didepan mata sendiri selain dari rasa bangga dan terharu.

Begitulah yang disifatkan oleh Encik Ismail dari Wilayah Persekutuan tatkala melihat anaknya merangkul pingat Emas bagi acara Masters Tenpin Boling sempena temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang kali ini.

Beliau meluahkan rasa puas hati setelah 8 hari berada di Negeri Pahang dan turut serta memberikan semangat kepada anak lelakinya itu tanpa jemu.

Muhammad Rafiq berjaya menewaskan peserta dari Pahang, Jonathan Chan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 226 dalam set pertama dan memaksa Jonathan untuk bermain dalam set kedua.

Rentak permainan Muhammad Rafiq semakin menjadi apabila berjaya mendahului Jonathan dengan jatuhan pin sebanyak 216.

Namun, agak malang bagi Jonathan yang mengalami kecederaan diset kedua memaksa beliau untuk akur dengan kekalahan tersebut.


0 comments:

share2