Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 14, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Kedudukan Pungutan Pingat (13 Julai 2012)


KUANTAN - Skuad Pasukan Terengganu hari ini berjaya memintas pendahulu senarai pemungut pingat Emas, Selangor pada temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang.

Terengganu terus unggul mencatatkan jumlah kutipan sebanyak 46 pingat Emas, 3 melebihi Selangor manakala Pahang pula masih kekal ditangga ketiga.

Terengganu berjaya memungut pingat Emas mereka bagi acara Memanah 30m Compound Wanita, 50m Recurve Lelaki, 50m Compound Wanita, 110m Lari Berpagar Lelaki dan acara BMX Wanita.

Sebanyak 292 pingat Emas telah pun dipertandingkan. Saingan esok akan bertambah sengit dengan pelbagai acara memasuki pusingan akhir seperti Badminton Berpasukan, Sepak Takraw, Bola Tampar, Hoki, Golf dan sebagainya.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan maklumat lanjut sepanjang temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang hanya di Pahangku.com.

0 comments:

share2