Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 18, 2012

Penembak Pahang Sumbang Wang Insentif Kepada Sekolah


PEKAN - Penembak Pahang, Aina Zahiran yang merangkul lima pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 baru-baru ini, menyumbangkan sebahagian wang insentif yang dimenanginya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ubai, di sini.

Aina, 18, penembak pelapis skuad kebangsaan itu menyumbangkan RM2,000 kepada PIBG sekolah berkenaan sebagai tanda syukur atas kejayaannya itu.

"Saya memasang hajat itu sebelum Sukma berlangsung, saya harap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu PIBG sekolah ini," katanya di sini, Rabu.

Pada majlis ringkas di sekolah berkenaan, Aina menyerahkan sumbangan tersebut kepada Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Mohd Sulihi Zainal. Turut hadir Guru Besar SK Ubai, Azhar Jamil.

0 comments:

share2