Oleh: Beruang Biru
Mana agaknya Lim Guan Eng nak sorok muka dengan pendedahan
terbaru Tunku Abdul Aziz Ibrahim ini. DAP selalu mengambarkan ia sebuah parti
yang ‘baik-baik’,tak main duit dan sogok jawatan.
Apa
yang berlaku pada Naib Pengerusi DAP yang letak jawatan Selasa membuka habis
pekong yang terselindung selama ini. Dalam interbiu dengan akhbar The Star yang
disiar Rabu,Tunku Aziz mendedahkan Guan Eng ada menelefon pada hari Ahad lalu
untuk memujuknya jangan keluar parti.
Ganjaran
yang menjadi umpan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ialah fellow dalam badan
pemikir Penang Institute yang membolehkannya ‘berjalan sakan’ Katanya
kemudianya Setiausaha Politik Ketua Menteri itu,Zairil Khir Johari pula
menelefonnya bagitau tawaran itu datang dengan ganjaran elaun RM50,000.
Ini
semua sebagai ganti jawatan Senator beliau yang tidak disambung semula. Tunku
Aziz bukanlah orang sebarangan.Beliau adalah bekas penasihat Bank Negara dan
bekas Naib Presiden Tranparency International.
Nak
main-main dengan orang macam ini ..maka Guan Eng kena sebijik dimuka bila
beliau sifatkan Setiausaha Agung DAP itu ‘biadap’. Katanya mereka tiada adap
dan tiada rasa hormat pada orang. Lebih teruk lagi Tunku Aziz kata Guan Eng
orang yang tidak boleh dipercayai.
Katanya
keputusan letak jawatan parti itu adalah muktamad dan tidak boleh dipujuk lagi.
BERIKUT KAMI SIARKAN
SEDUTAN TERJEMAHAN TEMUBUAL TUNKU ABDUL AZIZ DENGAN THE STAR
Terjemahan
temubual bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan The
Star Rabu.
S: Bagaimana malam tadi
(selepas umum keluar DAP) ?
A: Saya
fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya
terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan
juga SMS yang diterima dari seluruh negara.
S: Adakah anda tahu
berapa banyak panggilan anda terima?
Cukup banyak, Ssaya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka
bukan orang yang saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul
di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu,
yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi
yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV.
S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?
S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?
Tiada.
Tiada sesiapapun. Mesej yang datang daripada ahli parti. Semua mengatakan
bahawa mereka menghormati keputusan saya dan mereka dan kesal kerana saya telah
membuat keputusan untuk keluar parti.
S: Adakah anda
memberitahu pemimpin DAP sebelum perletakan jawatan anda disiarkan media bahawa
anda akan berhenti?
Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawtan dan keluar parti).
Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawtan dan keluar parti).
S: Adakah itu kunjungan
biasa tanpa urusan rasmi?
Kit
Siang dan saya cukup serasi, kami bersahabat. Jadi kunjungan tersebut adalah
kunjungan mesra, antara dua sahabat. Lawatan terakhir tempat minggu
lepas. Tetapi mereka tahu bahawa saya akan memberikan interbiu (kepada NTV 7)
kerana saya memberitahu Ketua Staf Ibu Pejabat parti untuk memberitahu semua ahli
CEC bahawa saya akan ditemubual (oleh NTV 7). Saya mengandaikan mereka dapat
menduganya.
S: Apakah tiada sesiapa
pujuk dan berkata Tunku, tidak payah ke udara ?
Kit
Siang mengatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan saya, beliau tidak
berkata jangan ke udara, dia tahu bahawa saya akan menggunakan kebijaksanaan
saya. Ketakutan utama mereka adalah bahawa ini (temubual tersebut) mungkin akan
dieksploitasi.
Saya
mahu ia menjadi jalan keluar yang bermaruah, dan berlaku adil. Kerana saya
tidak melawan parti. Saya tidak setuju dengan sikap setiausaha agung. Khususnya
apabila beliau mula-mula bertemu dengan saya, (selepas kritikan terhadap
Bersih) beliau menuduh saya bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong
Bersih. Saya tidak apada bila-bila masa menentang Bersih. Saya sentiasa
menyokong Bersih untuk apa Bersih perjuangkan.
Saya
bercakap untuk pilihanraya yang bebas dan adil beberapa kali. Tidak sebagai
naib pengerusi DAP tetapi dalam kapasiti saya yang lain. Jadi untuk mengatakan
bahawa Tunku menentang Bersih yang mana parti dan Pakatan Rakyat telah bekerja
keras untuk menjayakannya, adalah tidak jujur. Entah bagaimana ia tidak
berkeupayaan untuk melihat perbezaan di antara menyokong aktiviti bagi menuntut
pilihan raya bebas dan adil, dan tidak menyokong aktiviti yang melanggar
undang-undang. Terdapat perbezaan yang saya fikir mereka sengaja diabaikan. Lim
Guan Eng menuduh saya sesuatu yang tidak saya lakukan.
S: Adakah anda akan
mengatakan bahawa hubungan anda dengan Guan Eng tidak begitu mesra walaupun
sebelum ini anda telahdijemput oleh bapanya, apakah anda rasa si anak tidak
benar-benar berminat dengan anda?
Hubungan
saya dengan Guan Eng sebelum ini mesra. Kedua-dua mereka (Kit Siang dan Guan
Eng) yang menjemput saya, dan kerana penghormatan saya untuk Kit Siang, saya
tidak teragak-agak sedikitpun(selepas dijemput) kerana merasakan ini akan
memberikan saya peluang untuk berada dalam parti tanpa menjadi seorang ahli
politik, dan merupakan peluang untuk meneruskan kerja saya mempromosikan integriti,
kedua-dua dalam kerajaan dan sektor korporat. Dalam erti kata lain, peluang
untuk terlibat dalam membanteras rasuah, yang merupakan misi utama saya. Kerana
tiada pihak lain yang sebenarnya secara terbuka berkata, anda tahu, kami akan
memerangi rasuah kecuali DAP. Ia amat menarik.
S: Ini adalah usaha
pertama anda ke politik?
Sudah
tentu.
S: Adakah anda menyesal,
empat tahun kemudian perlu meletakkan jawatan dari parti?
Saya
rasa saya sedikit naif apabila memikirkan bahawa idealisme yang saya pegang
adalah sebenarnya idealisme yang DAP amalkan. Saya tidak tahu mengenai
parti-parti politik yang lain tetapi saya menjangkakan mereka lebih kurang
sama.
S: Sebagai seorang yang
sentiasa berjuang menentang perkara-perkara yang tidak beretika, apakah anda
akan mengatakan DAP sebuah parti yang beretika selepas empat tahun berada di
dalam?
Saya tidak akan berkata begitu. Sebagai contoh ... salah satu
daripada pemimpiun utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini
dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dan apabila ada ahli
lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak di bawah karpet dan tiada
tindakan diambil. Bagi saya, ia tidak cukup ini kerana Pakatan Rakyat adalah
kerajaan Selangor dan DAP mempunyai ahli majlis yang dilantik di Selangor, PJ.
Walaupun orang mengatakan "oh, ini perkara kecil", bagi saya, ia
adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu
sendiri. Dan jika itulah sikap kamu terhadap undang-undang yang telah dibuat
itu, pada saya, ia menunjukkan keadaan pentadbiran yang sangat menyedihkan dan
pertimbangan yang buruk.
S: Adakah anda membangkitkan isu ini?
S: Adakah anda membangkitkan isu ini?
Saya
bangkitkan isu ini, tetapi saya tahu ia bukan isu yang mereka mahu dengar. Dan
jika anda lihat baru-baru ini laporan Dr Cheah dalam akhbar The Star (ADUN
Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin), ini adalah isu yang sama. Terdapat orang
baik dalam DAP yang mahu melihat bahawa kita melakukan perkara dengan cara yang
beretika, tetapi terdapat orang lain yang anda tahu hanya akan pergi ke hadapan
dan melanggar peraturan mereka sendiri. Jika anda melakukan ini, lambat
laun orang akan bertanya, bolehkah orang-orang ini benar-benar dipercayai untuk
tugas yang lebih besar?
S: Apakah ada
perkara-perkara lain yang membimbangkan anda dalam pentadbiran Selangor?
Saya
berfikir bahawa secara berpasukan mereka telah mentadbir dengan baik, kita
perlu beri kredit untuk itu. Tetapi ada seorang dua dua anggota exco mereka
perlu diletakkan di bawah pemantauan teliti. Saya fikir apa yang Dr Cheah
ketengahkan sebahagian kecil masalahnya.
S: Pulau Pinang.. adalah
lebih baik daripada Selangor?
Saya
fikir Pulau Pinang diurus dengan baik. Saya akan berkata ia ditadbir dengan
baik, tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Antara perkara
yang membimbangkan ramai orang adalah hakikat bahawa selepas beberapa tahun
mentadbir negeri tersebut, kerajaan negeri masih gemar menyalahkan pentadbiran
kerajaan sebelum ini, ia kelihatan seperti tukang yang tidak pandai menyalahkan
perkakas.
S: Anda dikenali sebagai
seorang yang berintegriti, apakah Bersih satu-satunya masalah anda dengan
kepimpinan parti, apakah ada isu-isu lain?
Bersih
yang melebarkan jurang ketidak sefahaman kami. Tetapi jelas, seperti mana-mana
organisasi atau parti, wujud perkara-perkara yang tidak mengembirakan anda,
tetapi tidaklah sampai anda berfikir mahu keluar parti. Tetapi bagi saya, isu
etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting. Itulah mungkin sebabnya
saya naif, kerana saya percaya bahawa integriti adalah samada anda mempunyai atau
tidak sama sekali. Anda tidak boleh mengatakan, anda tahu, ya, ini adalah 70
peratus ...
Tidak
ada separuh-separuh untuk intergriti, samada mempunyainya atau tidak. Sebagai
contoh, apabila PBT memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap penjaja haram,
salah seorang dari pemimpin utama parti campur tangan dan mengatakan tidak
boleh mengambil apa-apa tindakan kepada orang ini kerana mereka adalah
penyokong parti. Bagi saya, ini adalah satu perbuatan serius yang menganggu
sistem operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan.
Ramai
orang kita lupa bahawa kerajaan tempatan adalah pengalaman awam pertama
berurusan dengan kerajaan. Ramai daripada mereka tidak berurusan dengan
Putrajaya atau mana-mana kementerian, tetapi bagi orang biasa seperti anda atau
saya yang tinggal di daerah atau kawasan tertentu, ia semua kerajaan tempatan.
S: Adakah Tunku Aziz
seorang Melayu akan menerima layanan yang sama jika beliau merupakan Cina
Malaysia? Jemputan anda, jawatan yang anda lepaskan apakah ada kena mengena
dengan perkauman?
Saya
tidak fikir begitu. Kecuali, saya berurusan dengan seseorang yang nampaknya
tidak boleh melihat gambaran keseluruhan. Saya menyokong Bersih tetapi saya
tidak menyokong melanggar undang-undang. Semudah itu. Anda boleh periksa, saya
tidak menentang Bersih, saya menantang pendirian mahu duduk dan bantah di
Dataran Merdeka kerana mahkamah telah
mengeluarkan
perintah larangan. Mereka mengatakan, ia bukan milik DBKL. Tetapi bagi saya,
sesiapa yang menjaga tempat itu, mereka mempunyai tanggungjawab.
S: Jadi, apa seterusnya?
Saya
memberikan pertimbangan yang sangat berhati-hati untuk ini (keluar parti).
Tindakan yang saya bukan dibuat ketika marah, saya berbincang dengan keluarga
terdekat dan rakan-rakan rapat saya, dan semua berkata perkara yang sama. Parti
jelas tidak bersedia untuk menempatkan seseorang seperti saya. Saya dikenali
akan meluahkan apa saja, (yang dirasakan benar) dan bukan seorang yang hanya
komen yang baik-baik sahaja, pada saya, itu tidak beretika.
Masa
depan... apabila saya menyertai parti, saya tidak mempunyai cita-cita lain
kecuali menjadi ahli, dan cuba menerapkan kepada parti beberapa nilai-nilai
yang berasaskan integriti dan etika, tadbir urus yang baik, perjuangan
membanteras rasuah, dan sebagainya.
Saya
tidak pernah minta untuk dilantik naib pengerusi, mereka kemudian mahu melantik
saya, saya kata baiklah. Saya tidak pernah memohon untuk dilantik sebagai
senator. Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kerajaan, walaupun anda
tahu sebagai Bumiputera saya layak. Tapi saya fikir kerana saya masih menentang
dasar ekonomi baru. Terutamanya apabila saya melihat bahawa mereka telah
terpesong dari tujuan asal. Saya tidak pernah meminta-minta.
Tetapi
apabila penggal saya (sebagai senator) bakal berakhir, Dewan Negara telah
menghantar surat maklumat kerajaan Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya
menghantar Guan Eng nota menggunakan iPhone saya jika surat itu tiba, dan anda
fikir mahu melanjutkan penggal saya, saya bersedia untuk berkhidmat, itu saja.
Beliau berkata ya, okay, dan kemudian dia dengan manis berkata kepada saya
bahawa dalam satu mesyuarat CEC baru-baru bahawa beliau sudah meletakkan nama
saya dan mahu mengumumkan lanjutan penggal saya di dalam mesyuarat CEC tersebut
tetapi teringat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara perlu
pengesahan dari DAP Pulau Pinang dan kerajaan negeri.
Kemudian
selepas kenyataan Bersih, Kit Siang bertemu saya dan berkata ia adalah malang
penggal senator saya tamat diwaktu-waktu begini. Katanya mungkin agak sukar
bagi mereka untuk mencalonkan saya lagi. Dan saya berkata kepadanya, jika itu
akan menyebabkan sebarang masalah bagi parti, sila jangan masukkan nama saya.
Saya tidak pernah meminta pun dan saya tidak mahu yang saya dicalon semula bakal
menjadi punca ketidakharmonian dalam parti. Jadi, mereka lakukan apa yang saya
memberitahu mereka untuk tidak meletakkan nama saya.
S: Saya rasa (jika anda
tidak beritahupun) mereka akan menggugurkan anda?
Oh,
sudah tentu. Saya pasti mereka mengalu-alukan. Tetapi saya mahu kedudukan saya
jelas sepenuhnya. Saya tidak menonjol diri ke hadapan. Saya juga katakan kepada
mereka, tidak ada sesiapa lebih besar dari parti. Jika pada pendapat anda, saya
telah melampaui batas, sayamengharapkan anda mengambil tindakan. Saya
menggalakkan. Siasat saya melalui prosedur tatatertib.
S: Bila anda beritahu
mengenai perkara itu?
Selepas
saya ditegur. Dia (Guan Eng) membangkitkan beberapa perkara, saya telah
melakukan ini, itu, dan yang lain. Dan mereka mengatakan bahawa saya telah
melakukan sesuatu yang begitu serius sehingga memerlukan tindakan tatatertib,
saya kata lakukan kerana itulah kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan adalah
mengenai menangani tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan tidak mengelaknya.
Saya memberitahu Guan Eng, saya akan berfikir lebih banyak mengenai anda jika
anda mengambil tindakan sewajarnya. Memanglah susah tetapi menjadi
tanggungjawab anda demi kepentingan parti.
S: Apa yang beliau
katakan?
Tiada
reaksi. Tiada reaksi ketika saya mencadangkan bahawa saya mahu meletakkan
jawatan dari CEC dan selepas beberapa waktu, saya akan meninggalkan parti.
S: Adakah anda kecewa
dengan Guan Eng sebagai pemimpin? Anda jelas mempunyai kagum dengan bapanya.
Si anak
berlainan. Saya tidak mahu menjadikannya isu peribadi. Beliau adalah seorang
pemimpin yang baik, selain itu, pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, ini
adalah dari pemerhatian saya.
S: Jadi dia pendengar
yang baik?
Oleh
pengamatan saya, dia perlu belajar untuk mendengar lebih banyak dan memberikan
semua orang peluang untuk didengar. Anda perlu belajar dahulu, saya fikir, agak
sederhana kerana bukan anda yang perlu katakan apa yang telah anda lakukan
untuk Pulau Pinang. Biar rakyat Pulau Pinang memutuskan. Bahawa benar
pencapaian yang anda lakukan. Apabila orang mengatakan "yang dilakukan
dengan baik Guan Eng". Tetapi apabila anda melaungkan CAT (slogan DAP
untuk "kecekapan, akauntabiliti, ketelusan)? Apakah CAT? (orang ramai
mengatakan) CAT adalah slogan. Tetapi bagi Guan Eng tidak. Apabila ia datang
kepada 1Malaysia, 1Malaysia hanyalah slogan (bagi Guan Eng). Tetapi CAT tidak.
S: Jika semua ini tidak
berlaku, anda akan bertanding sebagai calon jika anda diminta? Ya.
S: Adakah sesiapa
bercakap kepada anda tentang itu? Tidak.
S: Tiada siapa yang
bercakap kepada anda tentang perkara ini?
Tiada
sesiapa, walaupun saya telah berkata kepada Guan Eng, Kit Siang, jika mereka
perlukan, jika mereka kekurangan calon dan rasa saya berkhidmat, saya
sudah bersedia. Anda tahu, walaupun pada usia saya, jika pihak yang merasakan
mereka memerlukan perkhidmatan saya, saya bersedia untuk berkhidmat.
S: Adakah ini penamat
karier politik anda (dengan DAP)?
Tentu
sekali, tidak ada soalan. Tetapi apa yang benar-benar membuat saya akhirnya
memutuskan untuk meninggalkan DAP adalah kejadian Ahad lepas kira-kira jam 8.43
pagi. Saya menerima panggilan telefon daripada Guan Eng. Saya tidak tahu sama
ada ia untuk mengambarkan penyesalan atau mereka merasakan perlu mengantikan
saya (memberi pampasan) dengan sesuatu berikutan khidmat saya sebagai senator
tidak disambung. Beliau menawarkan saya jawatan kanan di di Institut Pulau
Pinang, dengan kemudahan perjalanan sebagai salah satu daya tarikan ... Dan
saya berkata saya perlu berfikir tentang hal itu.
Sehingga
semalam, selepas saya telah membuat keputusan (meninggalkan parti). Pembantu
beliau menelefon saya pada waktu makan tengahari mengulangi tawaran bosnya,
tetapi menambah bahawa kali ini terdapat wang saku sebanyak RM50, 000 setahun,
bersama-sama dengan faedah lain. Saya menganggap tawaran tersebut sepenuhnya
menghina. Sama sekali menghina, dan saya hanya boleh menyimpulkan bahawa ia
telah datang daripada seseorang yang mempunyai tidak berakal dan tidak
mempunyai walaupun sedikit rasa hormat. Adakah beliau fikir saya ini orang
jenis apa? Satu penghinaan, petama kerana anda 'menyerang' saya dengan sebab
yang salah, kemudian tidak sambung pengkhidmatan saya, dan kemudian ditawarkan
jawatan kanan di Institut Pulau Pinang. Ini adalah hal yang saya bimbangkan,
orang ini tidak mempunyai rasa kesopanan, dalam erti kata lain.
S: Beliau tidak
mempedulikan e-mel anda, kemudian menghina anda ... Dan saya rasa sebagai
seorang lelaki yang dikenali dengan etika dan integriti, Institut Pulau Pinang
ini berbunyi seperti rasuah.
Ia
adalah rasuah. Bagi saya, sebagai orang tua/lama... perkataan Melayu yang
sesuai menggambarkan perbuatan mereka kepada saya adalah "biadap".
Itulah yang benar-benar membuat saya memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama
dengan lelaki ini.
S: Adakah anda berfikir
bahawa ada tekanan dari Anwar Ibrahim atau orang lain untuk melakukan semua
ini?
Saya
tidak terfikir sehingga ke situ, tetapi Kit Siang ada memberitahu saya terdapat
banyak tekanan daripada Pakatan Rakyat. Dan pada ketika itu saya berkata
kepadanya, saya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Setakat yang saya tahu, saya
menyertai DAP. Saya ahli DAP. Hakikat bahawa kita adalah sebahagian daripada
gabungan itu adalah suatu perkara yang berbeza, tetapi saya tidak menjual jiwa
saya kepada parti dan sudah tentu tidak Pakatan Rakyat.
S: Anda seolah-olah
keberatan untuk bercakap tentang Anwar, ada sebab tertentu?
Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.
Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.
S: Jadi, bagaimana anda
rasa (selepas letak jawatan?)
Saya
rasa bebas. Ia adalah langkah yang diberkati, saya menerima banyak mesej
galakan daripada orang-orang seperti Koh Tsu Koon, Presiden Senat, lain-lain
lagi.
Ada
yang datang berjumpa dengan saya, kami duduk dan minum bersama-sama.
Orang-orang ini, mereka telah cuba dengan baik untuk mengubah DAP di peringkat
mereka. Mereka mendapati terdapat kronisme yang begitu banyak, begitu banyak
puak. Jika anda tidak tergolong dalam puak tertentu, anda disingkirkan, jika
anda membuat komen yang tidak menguntungkan, anda disingkirkan. Saya rasa tiada
parti yang bebas dari semua ini.
Chow
(Chow Kon Yeow), ketua DAP Pulau Pinang, menghantar mesej yang mengatakan
bahawa beliau menghormati keputusan saya. Beliau sepatutnya menjadi Ketua
Menteri lagi mereka pilih Guan Eng. Beliau Ketua Menteri, Setiausaha Aguang
parti dan Ahli Parlimen.
S: Apakah anda fikir PR
akan tawan Putrajaya (menang PRU 13)?
Pada
masa ini, saya fikir ini keadaan yang ada hari ini adalah yang paling hampir
kepada Putrajaya, pakatan yang ada sangat rapuh kerana mereka tidak mampu untuk
menyelesaikan beberapa soalan yang asas sebelum pergi kepada pilihan raya.
Sebagai
contoh, negeri Islam. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menyelesaikan ini
kerana PAS tidak akan meninggalkan ia. Ia adalah tunjang kepercayaan agama dan
politik mereka. Ia seperti meminta seseorang untuk meninggalkan prinsip-prinsip
mereka.
S: Apakah ini yang ada
lihat?
Ini
adalah apa yang saya lihat dari dalam. DAP, sebagai contoh, tidak gembira
dengan sikap PAS. Satu hari mereka berkata ya, kita tidak akan menjadi sebuah
negara Islam, hari seterusnya berkata, sebaliknya. Demi kepentingan politik
mereka bersatu tetapi tiada perpaduan kukuh di dalamnya (PR). Anda boleh lihat,
Karpal yang kecewa. Persoalannya bagaimana anda boleh pergi ke medan peperangan
(bersama-sama) apabila strategi anda telah dikompromi kerana ideologi yang
berbeza?
S: Jadi apa yang anda
akan lakukan selepas ini?
Apa
sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus berkhidmat di negara kita, dan saya
fikir saya telah mendapat banyak pendedahan, baik dalam perniagaan serta
organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sekretariat
Komanwel. Jika kerajaan atau sesiapa sahaja yang difikirkan saya mungkin
berguna, saya gembira untuk berbuat demikian bagi negara kita.
Tetapi
tidak akan menyertai politik lagi. Sebagaimana yang mereka katakan, sekali
digigit dua kali malu. Tetapi dalam kes ini
sekali
digigit, selama-lamanya malu. Sekali cukup la. Saya naif dan kadang-kadang
sangat bodoh, tetapi saya percaya saya melakukan perkara yang betul. -16/5/2012
TERJEMAHAN BEBAS HELME HANAFI
0 comments:
Post a Comment