BANYAK yang sudah
disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya
berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini
menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang
disebutkan itu?
Persoalan itu penting
kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai
keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita
sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak
masuk akal.
Beruang nak ambil
kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya
berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah
janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk
penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti
minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).
Untuk janji yang
pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.
Memetik kenyataan
Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil
sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk
membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi
merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100
billion!!
Jumlah ini adalah
berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS
seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di
dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan
pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung
90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).
Bagi menampung subsidi
bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk
subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan
berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi
beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah
subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.
Manakala bagi
menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi
(menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan,
kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat
berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan
Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah
mencecah sehingga RM 10 billion.
Bagi mengambil alih
konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar
sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat
tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jumlah ini tidak
termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan
keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua
syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).
Sekarang tibalah
bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang
PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum),
subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma
RM 20 billion.
Semua sekali
menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM
205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala
perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 –
RM 100 billion setahun.
Persoalannya sekarang,
setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut?
Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat
lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang
sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.
Beruang tidak kata
Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas,
jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk
memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia
mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang
berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13
berakhir.
Dan jangan lupa, ini
hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan
versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.
0 comments:
Post a Comment