Tindakan Adam Adli
yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan
projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga
kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu. Dalam kejadian tersebut
Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan
oleh pihak polis.
Rasa tidak puas hati
itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan
ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll
‘unfinished business’.
Tapi itu tidak
bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan
oleh mana-mana pihak terbabit. Cuma, kita perlu menjelaskan disini
sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan
tersebut.
Kita faham sangat
dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya.
Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan
setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka. Walaupun
hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri.
Itupun, dalam sidang
media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka
sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam
serangan awal pagi tadi. Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian
tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari
jumlah yang terlibat agak ramai.
Rasa penulis, kerajaan
dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang
semakin kehilangan arah ini. Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru
hara. Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar
dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.
Takkanlah polis nak membazirkan
sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah
sendiri ini. Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan
dan perkhidmatan dari pihak polis. Tidak ada siapa yang memaksa mereka
mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.
Benarlah kata Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah?
0 comments:
Post a Comment