Pembangkang sentiasa
menangani isu dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara.
Menghentak meja, membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah
membaling Molotov cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi
pembangkang.
Pendek kata, sikap
mereka langsung tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang,
professional, rasional mahupun bertamadun.
Semalam, dalam sidang
Dewan Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju
dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)
berhubung penambahbaikan proses pilihanraya. Selain itu, mereka juga
mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan
bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.
Sedangkan, penolakan
tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi
bersetuju.
Nampaknya pembangkang
mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui
pilihan majoriti. Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi
mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.
Sikap pembangkang ini
menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ dengan mereka. Walaupun pembangkang cuba
mencari ‘kredit’ dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan
mereka bukannya memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.
Rakyat mungkin
mengangkat pembangkang sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh
atas isu-isu yang kononnya membela rakyat. Tetapi jika terlalu sering
membuat kecoh, walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara
demokrasi maka rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap
pembangkang.
Rakyat mula
tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang demokrasi tulen? Juara hak asasi
dan hak bersuara? Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima
keputusan majoriti?
Sebenarnya,
pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan
isu yang signifikan untuk mempromosi diri. Lebih dari itu, pembangkang
juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam
sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan
persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.
Tetapi, apa yang lebih
besar dari ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan
awal sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang. Kerana itu, mereka
perlu membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus. Untuk
tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan
digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya.
Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia
mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses demokrasi
dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.
Oleh itu, sama ada
kesemua 22 syor tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima
kemudiannya, atau laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir
atau tidak, bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada
bila-bila masa mereka suka.
Ini kerana hayat parti
mereka bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu
ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.
Apapun, kita wajar
bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat
pilihan dalam pilihanraya yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment