Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana
apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan
Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 di Puchong Perdana, Selangor gagal
menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.
Majli anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia
(PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan
dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah
sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.
Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada
mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian
kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik
utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook, penulis dan empat
rakan lain bertolak dari Klang menaiki dua buah kereta dan sampai di sana
sewaktu Datuk Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata
belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.
Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang
mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak
hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.
Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan
hadirin, kami menyertai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan
diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.
Semasa penulis bersama beberapa rakan melilau sana sini merakamkan
gambar suasana, beberapa kali terdengar rungutan kekecewaan tetamu berikutan
sambutan majlis yang suram. Suara-suara kekecewaan itu hanya terhenti seketika
sewaktu Datuk Nik Aziz membuat ucapan perasmian.
Di dua sudut berhampiran kaunter urusetia kelihatan beratus-ratus
beg cenderahati masih tidak terusik manakala mengikut maklumat seorang rakan
yang juga urusetia majlis, masih terdapat banyak lagi beg cenderahati yang
gagal diedarkan dan tersimpan di dalam kenderan mereka.
Beg cenderahati tersebut yang pada mulanya hanya diberikan kepada
hadirin yang mendaftarkan diri sahaja; antaranya mengandungi buku 100 sebab
kenapa mesti tolak UMNO, buletin kerajaan negeri, flyer Purnama, pamplet isu
royalti minyak serta cenderati lain seperti pen dan key chain berlogo Pas,
akhirnya diagih-agihkan kepada semua selepas majlis cabutan bertuah selesai
pada kira-kira jam 2.10 petang.
Pihak penganjur pada mulanya agak yakin mampu menghimpunkan lebih
3,000 orang anak Kelantan yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur
untuk hadir ke majlis tersebut kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan
kehadiran hanya lebih kurang 200 orang hadirin sahaja.
Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu
gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan
Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.
Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin
yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran,
besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak
besar menjelang pilihanraya akan datang.
Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti
mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi
noktah akhir untuk Pas? Sama-sama kita nantikan.
eloklah begitu, bersama-samalah kita kembalikan kelate kepada umno dan bn. 20 tahun di bawah pas, rakyat semakin merana. rakyat merantau mencari rezeki di negeri orang lain ( bn ), bila raya masing2 nak balik, jalanpun mulalah jem.jom pakat undi umno dan bn dalam pru13 nanti!
seelok n ya pok nk ajis 2..rehat jer laa....kesian org tua nei d arak2 mcam pengatin...ckp2 dia pon dan org kelantan x dgr....byk isu yg sdg bergrlora kat ngri kelantan...sejak tok pa..jd pemimpin kelantan...gelombang merah tercerah...jd bg jer la kat BN perintah...akn untung laa org kelantan...royality mnyak pn akn dpat...MB sekarang pn akan dpt gak pencen melimpah2,,,rezeki tuhan yg mahakuasa...percaya laa...qada n qadar...