Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 3, 2012

Peniaga Besi Buruk Diberi Amaran


Pengusaha besi buruk ­diingatkan supaya ­jangan membeli besi elok dan ­sempurna jika dijual pihak ­tertentu kepada ­mereka ­kerana berkemungkinan ­barangan berkenaan dicuri ­pihak ­tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Johari Jahaya menegaskan, polis tidak akan teragak-agak ­mengambil ­tindakan undang-undang termasuk menahan sesiapa saja jika mereka didapati terus membeli besi berkenaan.

Menurutnya, ­pengusaha besi buruk diingatkan supaya mencatat segala butir ­penjual besi buruk terlebih ­dahulu ­sebelum barangan yang ­dijual itu dibeli daripada pihak penjual.

“Adalah tidak ­munasabah jika pengusaha mengatakan mereka tidak dapat mem­bezakan besi buruk dan besi elok. Jangan fikir ­keuntungan saja, fikirkan juga masalah lain yang akan timbul jika kegiatan ini tidak dibendung,” katanya.

Johari berkata, ­keengganan ­pengusaha besi buruk ­mem­beri kerjasama se­penuhnya kepada polis dalam ­menangani hal itu hanya merumitkan lagi usaha polis dalam mem­banteras kegiatan tersebut.

“Pengusaha besi buruk perlu bekerjasama dengan polis dalam hal ini kerana kita percaya mereka boleh bantu ­polis dalam menyelesaikan kes ­kecurian seperti curi motosikal dan sebagainya,” katanya.

Johari berkata, ­pengusaha juga diminta supaya ­merekod semua urus niaga dan ­menyimpan invois pem­belian kerana jika disyaki membeli besi curi, polis dapat mengesan penjual dan mengelakkan pengusaha dari turut ditahan.

“Penjual besi buruk ­perlu mengemukakan kad ­pengenalan mereka kepada pengusaha supaya maklumat diri penjual dapat direkodkan bagi memudahkan tugas polis mengesan aktiviti penjualan besi buruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kegiatan men­jual besi buruk berlaku disebabkan rasa seronok individu terlibat selepas memperoleh wang dengan cara mudah termasuk menjual barangan hasil curi.

“Polis juga meningkatkan rondaan di ­beberapa ­kawasan berisiko tinggi dan kami juga sedaya upaya ­mengekang ­gejala ini daripada terus berleluasa,” katanya.

1 comments:

  • Anonymous says:
    November 10, 2012 at 11:05 AM

    pui....polis pon cm bangsat...tiap kali lori besi buruk lalu..tahan ..mintak duit copy .... kami cari rezeki halal nie pon teranaiya.... wlwpon complete....dgn2 pangkat2 besar pon tumpang pow duit kt balai...tw la keje kami hina kutip besi beli besi buruk..korang keje bersih ade uniform lg....tp memang zalim la....xde ati perot...kami pon ade anak bini..nk bg mkn dengan duit halal

share2