Pages
▼
Thursday, May 3, 2012
Peniaga Besi Buruk Diberi Amaran
Pengusaha besi buruk diingatkan supaya jangan membeli besi elok dan sempurna jika dijual pihak tertentu kepada mereka kerana berkemungkinan barangan berkenaan dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Johari Jahaya menegaskan, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang termasuk menahan sesiapa saja jika mereka didapati terus membeli besi berkenaan.
Menurutnya, pengusaha besi buruk diingatkan supaya mencatat segala butir penjual besi buruk terlebih dahulu sebelum barangan yang dijual itu dibeli daripada pihak penjual.
“Adalah tidak munasabah jika pengusaha mengatakan mereka tidak dapat membezakan besi buruk dan besi elok. Jangan fikir keuntungan saja, fikirkan juga masalah lain yang akan timbul jika kegiatan ini tidak dibendung,” katanya.
Johari berkata, keengganan pengusaha besi buruk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menangani hal itu hanya merumitkan lagi usaha polis dalam membanteras kegiatan tersebut.
“Pengusaha besi buruk perlu bekerjasama dengan polis dalam hal ini kerana kita percaya mereka boleh bantu polis dalam menyelesaikan kes kecurian seperti curi motosikal dan sebagainya,” katanya.
Johari berkata, pengusaha juga diminta supaya merekod semua urus niaga dan menyimpan invois pembelian kerana jika disyaki membeli besi curi, polis dapat mengesan penjual dan mengelakkan pengusaha dari turut ditahan.
“Penjual besi buruk perlu mengemukakan kad pengenalan mereka kepada pengusaha supaya maklumat diri penjual dapat direkodkan bagi memudahkan tugas polis mengesan aktiviti penjualan besi buruk,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kegiatan menjual besi buruk berlaku disebabkan rasa seronok individu terlibat selepas memperoleh wang dengan cara mudah termasuk menjual barangan hasil curi.
“Polis juga meningkatkan rondaan di beberapa kawasan berisiko tinggi dan kami juga sedaya upaya mengekang gejala ini daripada terus berleluasa,” katanya.
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
pui....polis pon cm bangsat...tiap kali lori besi buruk lalu..tahan ..mintak duit copy .... kami cari rezeki halal nie pon teranaiya.... wlwpon complete....dgn2 pangkat2 besar pon tumpang pow duit kt balai...tw la keje kami hina kutip besi beli besi buruk..korang keje bersih ade uniform lg....tp memang zalim la....xde ati perot...kami pon ade anak bini..nk bg mkn dengan duit halal
ReplyDelete