Ahli-ahli Himpunan Hijau (anti-Lynas) di sidang akhbar Bersih 3.0 |
Helen Ang - Tempat beribadah hendak dijadikan tapak protes jalanan? Itulah yang dirancang Himpunan Hijau – kumpulan DAPster berkemeja-T warna hijau – yang memprotes Lynas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan juga di Kuantan.
Bersih 3.0: Muka siapa pada papan iklan di samping Ambiga |
Tokoh-tokoh DAP yang mengilhamkan Himpunan Hijau |
Para aktivis Himpunan Hijau |
Adakah anti-Lynas memperjuangkan isu alam sekitar atau matlamat tumbangkan kerajaan? |
Gambar ‘regime change’ bertopengkan anti-Lynas di atas diambil dari ‘Diary of the Himpunan Hijau 2.0′.
Kenapa hendak protes di masjid?
Orang Kristian melenting tempoh hari kerana seminar guru di Johor mahu membincangkan “ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam“.
Lagi dari TMI (April 7): ‘Islamic fundamentalists, Christian threats and Freudian slips’
Penulisnya yang bernama Alwyn Lau berkata:
Petikan
“After a public outcry, this was ‘resolved’ by a simple title change. Now, it seems, Christianisation no longer threatens Islam, at least not in the title. Of course, not everyone is happy.”“could it be that fundamentalist Muslims in the various Islamic organisations involved and the Johor Education Department require a constant element of fear as an integral part of that which constitutes its own faith?"“… the kind of faith fundamentalists have. True belief, it has been said, casts out fear. A pure faith also rejects an obsessive concern with policing other faiths …”“In contrast, hate and prejudice usually reign in the minds of those who are afraid that their personal and spiritual insecurities will come into the public light. Yet paradoxically, like Oedipus, the more they want to run away from their own fears (by accusing others of being the source of these fears), the more they actualise what they fear …”
Alwyn Lau juga menyebut nama saya dalam rencananya (screenshot bawah).
Saya telah meragui tuduhan sesetengah Kristian dan DAPster bahawa pejabat Mufti Johor telah diarah oleh Umno untuk menganjurkan seminar tersebut atas niat jahat politik.
Saya tahu bahawa Jabatan Agama Johor adalah sebuah badan yang berwibawa serta negeri tersebut terkenal dengan sukatan pelajaran agamanya yang tersusun dan bermutu tinggi bagi mendidik kanak-kanak Muslim dari peringkat sekolah rendah sampailah ke peringkat ijazah.
Namun saya diperli oleh DAPsters kerana saya menghormati institusi agama Islam Johor sebagai bebas dan berdikari dalam hal menjaga akidah.
Adakah mereka-mereka – seperti Alwyn Lau di TMI – yang menyindir bahawa seminar “ancaman Kristianisasi” mungkin didalangi Umno pernah ada pendedahan kepada fakta-fakta yang saya kemukakan?
Kristian evangelis pro-pembangkang sememangnya gemar menggambarkan diri mereka sebagai mangsa lemah yang ditindas pihak berkuasa.
Namun dalam kes ini (protes anti-Lynas mahu diadakan di masjid-masjid), bukankah mereka sendiri yang keluar mengusik?
0 comments:
Post a Comment