Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 8, 2012

BIO-ICT PAHANG 2012 TARIK MINAT RAMAI PENGUNJUNG


YAB Menteri Besar Pahang merasmikan Bio-ICT Pahang 2012 di Zenith Hotel.


Di East Coast Mall, Kuantan telah berlangsung Karnival Bio-ICT Negeri Pahang 2012. Karnival berkenaan berlangsung selama 3 hari bermula 2hb Mac 2012 hingga 4hb Mac 2012.

Karnival berkenaan merupakan pameran dan jualan produk-produk berasaskan Bio-Teknologi dan ICT yang telah dirancang oleh YB. Dato' Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsudin, Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan mendapat kerjasama dari pihak-pihak swasta.

Menurut pihak yang terlibat dalam penganjur, Karnival berkenaan dilihat sebagai sangat berjaya dengan mendapat kunjungan seramai 110,585 orang pengunjung secara keseluruhannya dengan pada hari pertama 2hb Mac dikunjungi seramai 29,178 orang sementara hari-hari berikutnya seramai 40,869 dan 40,538 orang.

Gerai-gerai pameran dan jualan produk-produk ICT kelihatan lebih banyak dan mendapat tumpuan ramai. Gajet-gajet baru dan terkini kegunaan ICT dijual dengan harga yang berpatutan memeriahkan karnival berkenaan.

Sebelum itu, Dato' Hj Mohd Sharkar b Hj Shamsudin yang bertindak sebagai moderator dalam bengkel di kluster ICT dan Bioteknologi di Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 menjelaskan dasar Kerajaan Negeri menekankan pembangunan di sektor ICT yang selaras dengan Pelan Transformasi Digital (Digital Malaysia) dan 2 bidang utama dimana ICT sebagai satu sektor dan ICT sebagai Pembolehcara (Enabler).

Menurut beliau lagi, kerangka Strategi ICT Pahang telah dibentuk melibatkan 5 kluster sebagai industri masa hadapan Negeri Pahang iaitu;
  1. Bahan Kandungan Bersepadu (Integrates Content)
  2. Komunikasi dan Teknologi Pertahanan ( Defence Technology & Communications)
  3. Aplikasi dan Bahan Kandungan Pendidikan ( Education Content & Applications)
  4. Agro-Bioteknologi ( Agro-Biotechnology), dan
  5. Perkhidmatan Data & Logistik ( Logistic & Data Services)
Manakala bagi sektor Bioteknologi pula, dasarnya adalah selaras dengan Dasar Bioteknologi Kebangsaan dan Kerajaan Negeri telah menumpukan pembangunan 3 bidang utama bioteknologi iaitu:
  1. Agro Bioteknologi
  2. Penjagaan Kesihatan (Healthcare Biotechnology), dan
  3. Perindustrian Berasaskan Bioteknologi (Industrial Biotechnology)
7 Strategi utama telah diwujudkan bagi memperlaksanakannya iaitu:
  1. Penubuhan  Bank Biodiversiti dan Biosumber
  2. Pengukuhan Pusat Kecemerlangan
  3. Pewujudan Pusat Bioteknologi Pahang
  4. Pewujudan Unit Pendidikan Bioteknologi
  5. Peluasan Akses Pasaran Tempatan
  6. Pakej Insentif Fiskal
  7. Pewujudan Perkongsian Kerajaan - Swasta dan Akses Pasaran Antarabangsa
Bagi mengembangkan bidang ICT, Kerajaan Negeri mensasarkan;
  • Pengagihan 52,500 notebook 1 Malaysia
  • 118 lokasi kampong tanpa wayar dengan kos RM 6.5 juta
  • Membina 69 buah menara selular telekomunikasi baru pada 2012 dengan kos RM 87.5 juta
  • Projek HSBB Unifi di bawah TM mensasarkan kepada 9,570 buah kediaman di Kuantan
  • Membangunkan Gambang Cybertech City sebagai bandar cyber dan ICT Negeri
  • Membangunkan Pahang Data Centre di Gambang.
Hari esok dan masa depan Pahang bermula hari ini, disini dan ini selaras dengan falsafah 'Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012' iaitu 'Pahang Menjana Tranformasi'!





Gambar-gambar disekitar Karnival Bio-ICT Pahang 2012 di East Coast Mall, Kuantan











0 comments:

share2