Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 8, 2012

Pemimpin UMNO Sentiasa Mengambil Berat Kaum Lain


Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui sokongan dan undi kaum Cina penting bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya kerajaan dapat meneruskan pembangunan bersama kaum-kaum lain di negara ini.

Menurut beliau, arah aliran sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional(BN) semakin meningkat dan perlu direalisasikan dalam pilihan raya umum itu nanti.

Katanya, konsep perkongsian kuasa tidak meminggirkan kaum tertentu sebaliknya memberi peluang kepada semua menikmati pembangunan negara.

“Oleh itu, kaum Cina perlu terus kekal bersama kerajaan supaya agenda pembangunan, iklim ekonomi serta politik negara lebih stabil dan menggembirakan rakyat.

“BN mampu mengekalkan teraju negeri dalam PRU13 dan kemenangan itu semakin mantap jika pengundi Cina memberi sokongan padu,” katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap pada majlis pemberian angpau kepada 1,049 warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan ADUN Mentakab, Datuk Chuah Bong Seong.

Adnan berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada fakta kejayaan kerajaan meletakkan landskap ekonomi negara pada landasan betul dan mempengaruhi kualiti hidup rakyat.

“Rakyat Malaysia bernasib baik kerana mereka dapat menikmati pelbagai insentif kerajaan berbanding negara lain yang tidak menikmati bantuan seperti itu.

“Kita harus bersyukur dengan limpahan rezeki yang dinikmati dengan meletakkan kerajaan BN pada kedudukan mantap di bawah pemimpin yang berkarisme,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemberian angpau kepada masyarakat Cina bukan bertujuan meraih sokongan politik tetapi tanda prihatin dan peka kerajaan terhadap rakyat.

0 comments:

share2