Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 7, 2012

Hassan Ali Gegarkan Temerloh Isu Liwat



Program Ceramah Ummah yang diadakan pada 6.2.2012 jam 3.30 petang semalam mendapat sambutan hangat dari Warga Temerloh. Program itu diadakan atas jemputan warga Temerloh sendiri bertujuan mahu mendengar sendiri penjelasan isu-isu semasa dari Dr. Hasan Ali terutamanya tentang isu pemecatan beliau dari PAS dan isu mempertahankan akidah.

Ceramah tersebut telah membuka mata warga Temerloh, bahawa PAS selama ini hanya gah di mulut sahaja mahu menegakkan Islam tetapi dari segi pelaksanaannya mendukacitakan malah dicucuk hidung oleh DAP dan PKR semata-mata memenuhi selera politik mereka. Lihat sahaja dalam isu murtad baru-baru ini, kenapa PAS kecam tindakan yang diambil oleh JAIS dan MAIS kerana memeriksa DUMC?.

Ketika menjawab soalan hadirin berkenaan isu liwat yang membabitkan orang besar pembangkang, Dr. Hassan Ali menegaskan bahawa beliau menghormati keputusan mahkamah tetapi mahkamah tidak pernah menyebut yang perbuatan liwat itu tidak berlaku. Apatah lagi orang itu enggan mengangkat sumpah laknat bagi menafikan perkara tersebut.

Buletin Utama TV3 pukul 1.30 tengah hari tadi baru sahaja mengeluarkan sedutan ceramah Dr. Hasan Ali antaranya Datuk Dr. Hassan berkata, “jangan harap dan jangan beri harapan kepada orang No. 1 pembangkang ini menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak terima sama sekali” tambahnya lagi.

Jika orang yang pernah bersama dengan pembangkang tidak boleh terima orang yang mempunyai masalah moral menjadi Perdana Menteri, takkan lah kita pula yang menyokongnya?. Jelas sekali pemimpin pembangkang yang tak bermoral itu tidak layak langsung menerajui negara pada masa akan datang.

0 comments:

share2