GEORGETOWN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip semangat kekitaan dan rasa kebersamaan bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Perdana Menteri berkata, dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari berbilang kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.
Saya tak lihat muka yang muram hari ini... saya tidak lihat mereka yang mukanya monyok. Saya lihat orang Pulau Pinang mukanya ceria. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di sini, semalam.Najib berkata, kerajaan akan terus memberi pertimbangan yang adil bagi membolehkan rakyat mempunyai dua prinsip berkenaan.
Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Perdana Menteri yang bangga dengan kehadiran lebih 20,000 pada majlis itu berkata, sambutan berkenaan membuktikan rakyat gembira dengan kehidupan hari ini kerana mereka berada dalam keadaan aman dan negara makmur.
“Saya tak lihat muka yang muram hari ini... saya tidak lihat mereka yang mukanya monyok. Saya lihat orang Pulau Pinang mukanya ceria,” katanya sambil menambah beliau melihat keadaan yang sama pada majlis rumah terbuka yang diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.
Perdana Menteri berkata, banyak sebab yang membolehkan rakyat ceria, termasuk ekonomi negara yang baik dan perniagaan juga terus berkembang.
“Kalau perniagaan tidak dapat pulangan, pelaburan merugikan, pasaran saham semakin mengecil, sudah pasti ramai yang tidak ceria dan tersenyum lebar seperti hari ini (semalam),” katanya.
Sementara itu, di ibu negara kelmarin Perdana Menteri dan isteri bersama pemimpin BN turut menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA dan GERAKAN.
Selain dihadiri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut meluangkan masa menghadiri majlis itu.
Najib berkata, beliau amat gembira kerana sambutan Tahun Baru Cina kali ini terus dikekalkan dengan tradisi rumah terbuka yang disertai pelbagai kaum daripada semua lapisan masyarakat negara ini.
DS Najib sudah lakukan banyak perkara dalam membantu rakyat dan usaha transformasinya sama ada secara bersama ataupun bersendirian. Jika rakyat ikhlas untuk berubah, maka lakukanlah bersama-sama. Bukan hanya PM serta para pemimpin kainnya, rakyat juga harus bersama-sama kerana ini adalah satu agenda besar negara.
0 comments:
Post a Comment