SANDAKAN - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu agensi bertanggungjawab dalam pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia membuat persiapan rapi bagi mengelakkan orang ramai di negeri ini menunggu lama.

Sehubungan itu, beliau berkata agensi bertanggungjawab perlu membuat persiapan sebelum dan ketika majlis dilaksanakan dan wakil rakyat yang dijemput melakukan pengagihan itu, perlu hadir mengikut masa yang dijadualkan.

"Jangan biarkan rakyat menunggu kita kerana tugas kita adalah berkhidmat kepada rakyat dan itu amanah yang mereka berikan," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti MCA di sini, hari ini.......


Dalam pada itu tinjauan berpendapat penyerahan pemberian bantuan berkenaan perlu diperbaiki lagi. Terdapat rungutan mengatakan warga tua dan orang-orang yang hilang upaya menghadapi masalah apabila terpaksa menunggu lama untuk menerima bantuan berkenaan.
Kerenah birokrasi juga harus diatasi. Ada kes yang menyatakan bahawa ada penerima bantuan berkenaan yang terkencing di bank semasa menunggu gilirannya untuk menunaikan baucher berkenaan di bank kerana pegawai yang bertugas terlalu mengikut prosedur yang ditetapkan tanpa memberi keutamaan kepada pihak-pihak yang memerlukan tindakan yang mengutamakan budibicara.