Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 20, 2012

PAS Keldai Tungangan DAP


Pas kini diibaratkan seperti keldai yang membawa kitab ajaran Islam dalam pakatan pembangkang berikutan kegagalan parti itu mengekalkan portfolio Hal Ehwal Agama di Selangor yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr. Hasan Ali setelah digugurkan daripada jawatan itu Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu amat memalukan serta merugikan Pas kerana pengambilalihan portfolio tersebut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan PKR dan sekutunya DAP tidak lagi mempercayai Pas.

Menurutnya, perkembangan terbaru di Selangor itu menunjukkan PKR serta DAP sekali lagi berjaya mengetepikan peranan Pas daripada terus memperjuangkan perkara penting berkaitan agama seperti isu murtad, penjualan arak serta perjudian di negeri ditadbir pembangkang.

"Sebelum ini, di Pulau Pinang, ADUN Pas di Permatang Pasir iaitu Salleh Man langsung tidak diberi apa-apa portfolio walhal pakatan pembangkang dahulu menjanjikan beliau jawatan Exco Hal Ehwal Islam atau Pengerusi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang tapi sampai saya sudah keluar PKR pun Salleh tidak diberikan jawatan itu.

"Ini satu penghinaan besar kepada Pas kerana dalam al-Quran, Allah ada berfirman bahawa akan ada masanya kita melihat pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada tanggungjawab itu ibarat keldai yang membawa kitab, bawa sahaja tapi kuasanya tidak ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

PAS dimalukan sebegitu rupa oleh sahabat seperjuangan sendiri. Itulah sesama islam dihinanya. Lalu diambil musuh islam sebagai sahabat. Ada orang yang sanggup berjuang untuk islam disingkirkan demi menjaga hati sahabat tu. Dan sekarang tanggunglah sendiri masalah yang sengaja dicari.

0 comments:

share2