Kes Madrasah Salihian yang akan dirobohkan oleh Kerajaan Pas Kedah masih berlarutan dan menemui jalan buntu. Badan Bertindak Selamatkan Madrasah berusaha dengan pelbagai cara untuk berdamai dengan kerajaan negeri, dan merayu supaya Kerajaan negeri, pemaju menghentikan 'niat' mahu merobohkan Madrasah Salihiah.
Namun segala usaha dan rayuan langsung tidak di layan. Bahkan usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada MAIK juga gagal dan MAIK (Majlis Agama Islam Kedah) terus berdiam diri tanpa sebarang respon. Nampaknya Kerajaan Kedah yang diperintah oleh Pas yang kononnya perjuangkan Islam telah gagal mempertahankan madrasah berkenaan sebaliknya tindakan yang dilakukan seolah-oleh menjual tempat ibadat berkenaan.
Sudah la MAIK tidak amanah dalam menjaga tanah wakaf khas ini. Di amanahkan untuk menjaga dan mengekalkan syiar Madrasah dan surau. Namun apa yang terjadi ialah, MAIK seolah mengadaikan tanah wakaf ini dengan harga RM1.48juta, tanpa izin dari waris tuan punya tanah wakaf.
Kejadian ini menjadi pelik apabila, penjualan MAIK kepada kerajaan negeri, tidak dimaklumkan, malah wang RM1.48juta terus di diamkan oleh MAIK dan menjadi tanda tanya kepada pihak waris dan penjaga Madrasah ini.
Disebabkan berasa curiga dengan tindakan MAIK dan Kerajaan negeri, Badan Bertindak dan Waris pada tanah wakaf, turun ke pejabat SPRM untuk membuat laporan!
Kepada siapa lagi rakyat dan umat Islam Kedah dapat harapkan jika Kerajaan sendiri sudah mengambil sikap tidak peduli. Jika Pas Kedah yang sepatutnya perjuangkan Islam tidak mengambil berat hal berkenaan, tentu umat Islam dan rakyat Kedah merasa kesal memilih mereka menjadi Kerajaan memerintah.
Semoga Pas tidak akan dapat bertapak dan memerintah di negeri Pahang ini agar keadaan serupa tidak akan berlaku juga kepada kita disini.
0 comments:
Post a Comment