Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 4, 2012

JAUHI RUSUHAN 901

Rusuhan 901 bukan fisabilillah, 
tidak syahid mati kerana perjuangkan peliwat


Manis mulut para pemimpin pembangkang mengajak kita bersama mereka dalam rusuhan 901. Konon tidak akan ada berlaku sebarang kecelakaan namun bagaimana mereka dapat menjaminnya kerana apabila dalam keadaan ramai demikian tidak siapa lagi yang akan patuh pada arahan.

Justeru yang terbaik adalah elakkan dari hadirinya dan terperangkap dengan janji politik mereka. Mereka sebagai orang politik tentu ada kepentingan yang ingin dicapai namun kita sebagai rakyat biasa sudah tentu hanya akan dijadikan mangsa mereka.

Rakyat Malaysia harus lebih cerdik dalam menghadapi era politik masa kini. Sangat sukar bagi kita untuk membezakan yang mana satu benar dan yang mana satu yang salah. Seringkali kita melihat bahawa yang salah akan lebih berusaha untuk memperlihatkan bahawa merekalah yang benar dan akhirnya kita terjerat.

Demonstrasi atau sebenarnya rusuhan 901 hanyalah agenda politik kumpulan tertentu. Perjuangannya adalah perjuangan peribadi Anwar sendiri. Ianya bukan untuk rakyat atau sesiapa lagi. Cuma bagi mendapatkan simpati dan sokongan maka dirakyatkan perjuangan itu supaya kita akan bersama menyokongnya.

Hindarilah dari menyertainya supaya menjamin Malaysia akan lebih bebas dan kita akan dapat hidup dalam harmoni. Jangan biarkan mereka jadikan Malaysia sebagaimana di Libya dan Mesir.


PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 bagi menyatakan sokongan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwatnya, Isnin depan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju untuk turut serta dalam perhimpunan itu.
Menurutnya, sokongan itu bukan sekadar menunjukkan sokongan kepada Anwar, malah sepakat bahawa sistem sedia ada perlu diubah termasuk sistem politik, ekonomi, kehakiman dan pendidikan.
"Kita jamin tiada insiden yang tidak baik berlaku pada 9 Januari nanti, melainkan ada pihak tidak bertangggungjawab yang sengaja  memprovokasi.
"Perhimpunan besar-besaran itu bagi memastikan rakyat sentiasa bersama-sama PR pada pilihan raya umun akan datang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan PR di sini.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sekiranya mahukan sistem pemerintahan yang adil, perubahan besar perlu digerakkan dengan bersungguh-sungguh.
"Kalau ia tidak berlaku, tidak akan wujud pilihan raya umun yang bersih dan adil yang mengikut amalan demokrasi yang telah diamalkan oleh negara-negara lain," katanya.
Dalam pada itu, Kit Siang pula mencadangkan supaya pelajar universiti diberi kuasa bagi menyatakan sebarang pandangan dan cadangan bagi menambahbaiki sistem pentadbiran negara.
"Sistem sedia ada mengekang pergerakan pelajar dan perlu diubah. Kita tidak mahu mereka menjadi mangsa keadaan.
"Jadi, bagi merealisasikan perubahan ini, DAP akan bersama-sama dan menyokong sebarang usaha termasuklah kempen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan," katanya.



0 comments:

share2