Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 31, 2012

JBA Tetap Dikorporatkan


KUANTAN - Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang (JBA) akan tetap diteruskan kepada Perbadanan Air Negeri Pahang (PAIP).

YAB Menteri Besar Pahang mengatakan sedemikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Presiden CUEPACS di Temerloh semalam.

Tambah beliau lagi, wujudnya perbezaan diantara Penswastaan dan juga Pengkorporatan dalam isu bekalan air ini.

"Ada beza diantara penswastaan dengan pengkorporatan. Pihak Kerajaan telah membuat keputusan supaya Jabatan Bekalan Air dikorporatkan," kata beliau ketika ditemui media hari ini.

Selian itu, beliau juga turut menjelaskan bahawa tujuan bagi langkah ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam membekalkan air kepada rakyat diseluruh Negeri Pahang.

"Biasanya dalam bidang korporat, pengurusannya lebih terurus dan lebih cekap secara relatif jika dibandingkan dengan Kerajaan.

Dan kepada rakyat, bekalan air tetap sama. Tarif air tidak akan dinaikkan sejak dari tahun 1982 sehingga sekarang tidak akan dinaikkan," katanya.

Pihak Kerajaan juga akan memberikan peruntukan tetap kepada PAIP sebanyak RM50juta setahun bagi tempoh lima tahun bagi tujuan penambah-baikan bekalan air di Negeri Pahang.

Beliau juga turut menyatakan bahawa pihak kakitangan JBA sedia ada tidak perlu risau dengan isu ini dan akan diberi makluman oleh pihak Kerajaan dalam masa terdekat.

"Majlis Penerangan akan kita buat dan tidak ada seorang pun kakitangan JBA, dari Pegawai Tinggi sehingga kepada kakitangan rendah yang akan diberhentikan apabila JBA digantikan dengan PAIP," katanya lagi. - BPUNP

0 comments:

share2