Presiden Pas: Memang molek MB jadi Exco Agama
31 Januari 2012
SHAH ALAM - Keputusan Menteri Besar, Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri portfolio agama Islam di negeri itu memang satu keputusan "molek", kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ia akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.
"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama. Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang Exco agama)," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
Abdul Hadi menambah, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas jawatankuasa itu........(Sinar Online)
Wakil rakyat Pas tidak dilantik sebagai EXCO Agama di negeri Selangor sebenarnya sangat mengecewakan bukan sahaja kepada Parti Pas sendiri, bahkan rakyat Selangor yang beragama Islam serta rakyat Malaysia yang beragama Islam keseluruhannya.
Rakyat melihat bahawa Pas yang selama ini memperjuangkan agama sebagai tidak lagi menjuarai agama Islam dalam perjuangannya dan gagal meyakinkan kerajaan negeri Selangor untuk memeggang jawatan penting itu selaligus memertabatkan Pas dalam Islam di Selangor.
Tidak mustahil bahawa tindakan yang diambil oleh MB Selangor itu adalah atas desakan rakan kongsi kuasanya di Selangor iaitu DAP yang sudah jelas dan nyata sejak dulu lagi bersikap prejudis terhadap agama Islam dan bangsa Melayu.
Mungkin kebimbangan mereka akan ada seorang lagi EXCO agama Islam yang segagah dan sekuat Dr Hassan Ali yang akan memperjuangkan dan mempertahankan agama Islam di Selangor yang mana akan memberikan kesan kepada segala perancangan sulit mereka dalam menghakiskan kuasa bangsa Melayu seterusnya menyebarbiakan agama Kristian dengan lebih aggresif.
Tentu ramai yang kesal dengan kenyataan Hj Hadi yang kononnya memberikan sokongan kepada tindakan MB Selangor itu kerana nyata kenyataan itu adalah kepura-puraan dan atas alasan politik semata-mata. Alasan bahawa tidak penting siapa yang menjadi Ketua juga adalasan yang dangkal kerana umum sedia maklum bahawa ketualah yang merancangkan segalanya. Jika jawatan Ketua dianggap tidak penting, apakah Hj Hadi bermaksud bahawa sesiapa saja boleh dilantik sebagai ketua, hatta DAP sendiri?
Jika jawatan ketua itu tidak, maka memang wajarlah beliau tidak bertanding dalam PRU akan datang bahkan beliau juga memang patut meletakkan jawatannya sebagai ketua (Presiden) Pas kerana kegagalannya melakukan tugas sebagai ketua parti.
0 comments:
Post a Comment