Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 21, 2012

BR1M Bukti Kerajaan Prihatin


Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan serta mengurangkan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, usaha kerajaan itu jelas menterjemahkan keupayaan ekonomi negara serta kepimpinan yang cekap dan mampu memberi jaminan kesejahteraan terhadap golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, rakyat perlu bersyukur kerana kerajaan prihatin dan memahami masalah mereka termasuk berusaha keras dalam meningkatkan keselesaan hidup.

"Orang ramai harus menilai dengan bijak dan rasional bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, agama serta kepercayaan politik.

"Keupayaan memberi kesejahteraan menerusi bantuan kebajikan ini hanya mampu dilakukan oleh kerajaan terbaik yang sentiasa merencana pembangunan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan RM500 kepada seramai 158 orang penerima BR1M di Kampung Hulu Cheka.

Dalam pada itu, Lau Lee berkata, seramai 1,047 orang di daerah ini menerima bantuan tersebut bagi fasa pertama membabitkan sejumlah RM523,500 manakala fasa kedua pula melibatkan 8,000 orang dengan jumlah RM4 juta.

Beliau yang juga Ketua MCA Bahagian Jerantut meminta pembangkang supaya tidak mempolitikkan bantuan tersebut kerana ia telah diperuntukkan menerusi Bajet 2012 bagi meringankan beban isu rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

0 comments:

share2