Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 31, 2011

LYNAS: BARANG-BARANG HASIL LOGAM NADIR!!!

"...Ish! Banyak Pulak Barang - Barang Ni!!!..."

Tajuk artikel ni merujuk kepada desakan yang dibuat oleh Si Fuziah dan puak - puak Anti Lynas ni la, apa lagi. 

Bagi mereka, memiliki barang - barang ni umpama menyimpan bahan radiasi yang turut dihasilkan oleh Lynas nanti.

Contoh Kereta Hybrid
1. Auto Catalyctic Converter yang didapati dalam kenderaan Hybrid yang mesra alam. Selain daripada ACC, blok enjin kereta Hybrid juga menggunakan bahan yang dihasilkan daripada Logam Nadir. 
Blok Auto Catalyctic Converter

2. Superconducter yang banyak digunakan dalam mesin MRI. Maka, sesiapa yang nak pergi buat pemeriksaan kesihatan dah tak boleh la sebab Fuziah tak bagi.

Contoh Mesin MRI Yang Biasa Ada Kat Hospital
3. Televisyen dan monitor jenis 'Flat Screen'  yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Jadi sesiapa yang melanggan Astro Beyond, baik buang je tv tu. Tak pun sedekah je.


4. Bulp Lampu atau mentol tungsten jenis yang baru ni. Rasanya mentol jenis ni memang banyak digunakan dirumah sekarang sebab dia menjimatkan tenaga elektrik.


5. Semua jenis 'Smart Phone' yang baru, terutamanya macam Iphone dan Blackberry. Sekarang ni, dua jenama ni tengah meletop dipasaran. Maknanya, Fuziah tak pakai la Blackberry untuk main twitter ye? Dia pakai apa ye?


6. Kalau dia tak pakai Blackberry atau Iphone, dia mesti pakai komputer. Bahan yang dihasilkan daripada logam nadir tu juga turut ada dalam Pemacu Disk atau dikenali sebagai 'Hard Disk'. Komputer kalau tak de 'Hard Disc' ni, umpama kereta tak de enjin.


7. Pemain MP3 dan jugak MP4 yang menjadi teman anak - anak muda zaman sekarang. Jadi tak pelik la kenapa anak - anak muda banyak mati sebab kanser ye? Dah diorang asyik usung bahan radiasi ni merata - rata. Tu kata Fuziah la kan.
8. 'Night Vision Goggle' yang biasa digunakan oleh pasukan tentera. Ala, teropong yang boleh tengok dalam gelap tu la. 


9. Pengukur Jarak Elektronik. Baru - baru ni, Syarikat Bosch ada keluar benda ni untuk memudahkan kerja - kerja Juru Ukur Bahan. Lepas ni, diorang kena pakai pakaian anti radiasi la kalau nak ukur jalan ye Fuziah???


10. Kelengkapan dalam kapal - kapal Perang milik Tentera Amerika Syarikat. Huh! Kenapa diorang tak jadikan baju anti radiasi tu sebagai baju rasmi diorang ek Fuziah???


Itu sebahagian yang dapat Semut paparkan. Kalau nak diikutkan, bersepah - sepah lagi barang - barang lain yang banyak menggunakan bahan hasil daripada Rare Earth ni.

Maka persoalan sama ada bahan hasil daripada Kilang Lynas ni ada pembeli atau tidak tak timbul. Sebab terlalu banyak barang - barang keperluan harian kita yang menggunakan bahan tersebut.

Jadi tak payah la susah - susah puak - puak Anti-Lynas tu nak kata yang bahan hasil kilang tersebut tak de pembeli. Kalau diorang kata macam tu, memang sah diorang penipu!!!

Read more »

KRONOLOGI ISU LYNAS


Fuh!!! Sehari - hari - hari ni, keje Semut asyik membalun Si Fuziah 'Reaktor' tu je. Tak de dah keje lain. Tapi bukan sebab apa. Sebab dia suka sangat menipu orang.

Jadi sebab itu lah dia dibalun habis - habisan hari ni. Kalau nak diikutkan, banyak fakta yang dia buat semuanya tidak tepat dan ianya sengaja diputar belitkan oleh dia.

Maka, mari kita lihat semula kronologi bagaimana semua masalah ni bermula hasil daripada permainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu.

1. Pada akhir tahun 2008, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah menerima satu cadangan daripada MITI mengenai pembinaan kilang yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Kilang tersebut akan dibina dikawasan Petroindustri, Gebeng, Kuantan.

Nama pun dah kawasan Petroindustri. Kawasan tu memang dikhususkan untuk membangunkan kilang - kilang bagi industri berat. Dah la tu, jauh pulak dari kawasan penduduk.

2. Pihak Kerajaan Negeri diberi taklimat oleh Syarikat Lynas mengenai bahan - bahan yang dihasilkan. Peserta taklimat terdiri daripada Exco Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional, ADUN serta Ahli Parlimen Pembangkang. 

Termasuk la dengan Si Fuziah 'Reaktor' tu sendiri. Taklimat tersebut diadakan pada tahun 2009. Tiada bantahan yang dibuat oleh pihak Pembangkang mengenai pembinaan kilang tersebut sewaktu taklimat diadakan.

3. Awal tahun 2011, gempa bumi besar melanda Jepun sehingga mengakibatkan kebocoran serious kepada loji - loji Nuklear mereka. Tahap kebocoran itu menghasilkan radiasi yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kanser kepada penduduknya.

Tapi siapa sangka ye tak? Itu bencana alam. Ketentuan Allah S.W.T keatas manusia. Kalau tidak, selama ni, loji nuklear tu la yang membekalkan tenaga kepada penduduk - penduduk di Fukushima.

4. Kesempatan itulah yang digunakan oleh Si Fuziah 'Reaktor' untuk memulakan gerak kerja Anti-Lynasnya. Maka habis satu Kuantan dicanangnya mengenai pembinaan 'Reaktor' Nuklear oleh pihak Lynas di Gebeng.

Tujuannya adalah untuk menakut - nakutkan penduduk setempat dan menyebarkan fitnah mengenai bahaya kilang tersebut. Ayat yang sering diulang - ulang ialah mengenai Nuklear, Radiasi dan Kanser.

Dia dan puak - puak dia menjual cerita kata perkara yang berlaku terhadap Fukushima akan turut sama berlaku di Kuantan sekiranya kilang tersebut dibiarkan beroperasi kelak.

5. Pihak Kerajaan kemudiannya membuat penjelasan bahawa kilang yang dibina oleh pihak Lynas itu bukan kilang Nuklear seperti di Fukushima. Ianya hanya sebuah kilang memproses Logam Nadir yang dikenali sebagai Rare Earth.

Bahan mentah dari Rare Earth ini dibawa ke Malaysia dari Negara Australia, Negara asal syarikat Lynas dimana lombongnya terletak di Mount Weld, Australia.

6. Dan - dan tu jugak, puak - puak Anti-Lynas pimpinan Si Fuziah ni menggunakan fakta tersebut untuk mempertikaikan mengenai kenapa bahan tersebut tidak diproses di Negara Australia sahaja? Kenapa ia perlu dibawa ke Malaysia? Kenapa tidak ke Negara lain?

Syarikat Lynas menjelaskan bahawa Australia kekurangan sumber untuk memproses bahan tersebut. Sumber yang dimaksudkan ialah air yang mencukupi kerana umum tahu, Australia memang menghadapi masalah bekalan air mentah yang bersih.

7. Tapi sebab tak puas hati jugak dengan kenyataan yang diberikan, Si Fuziah & The Geng tetap mencari jalan lain agar kilang Lynas ini tidak terus dibina di Gebeng. Mereka kaitkan pula dengan kebocoran yang berlaku di Bukit Merah 20 tahun yang lalu.

Namun, kenyataan itu telah dijelaskan oleh pihak AELB bahawa kilang di Bukit Merah itu tidak memproses bahan yang sama seperti di Gebeng. Bahan mentah yang dihasilkan turut mengandungi sisa bijih Timah yang jauh lebih bahaya daripada sisa bahan Logam Nadir.

Lagi pun, dalam taklimat yang dijelaskan hari ini, panel IAEA juga mengesahkan bahawa radiasi yang dihasilkan oleh sisa timah memang jauh lebih merbahaya daripada Thorium.

8. Tahu sebab apa Fuziah kaitkan kilang di Gebeng dengan yang ada di Bukit Merah? Sebab namanya sahaja. Nama syarikat yang mengusahakan kilang di Bukit Merah tu Asian Rare Earth (Bhd) atau lebih dikenali sebagai ARE.

Hanya itu sahaja hubungan yang dikaitkan oleh Si Fuziah 'Reaktor' dengan kebocoran yang berlaku 20 tahun yang lalu di Bukit Merah. Bukan sebab bahan sisanya sama atau sebagainya.

9. Mereka masih jugak tak puas hati selagi Kerajaan tidak membatalkan pembinaan kilang tersebut dan memenuhi tuntutan mereka. Maka diorang buat dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sengaja memperjudikan nyawa penduduk - penduduk di Gebeng dengan membina kilang tersebut.

Dalam Ssidang Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada kaitan lansung dengan pembinaan kilang tersebut. Kilang tersebut menggunakan sepenuhnya duit syarikat. Malah tapak kilang tersebut jugak dibeli oleh syarikat tersebut secara peribadi. Tanah tu pun bukan milik Kerajaan.

10. Ketika MB Pahang membuat pendedahan bahawa projek Lynas ini dicadangkan oleh Kerajaan Pusat, ADUN Beserah (PAS) didapati sedang nyenyak tidur. Dia terpaksa dikejutkan oleh rakan - rakan pembangkang lain yang ada dalam Dewan pada ketika itu.

Tak ke haru tu? Pada hal kawasan perindustrian tu terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri dia. Boleh pulak dia tido masa tu? Tak bertanggungjawab lansung.

11. Si Fuziah 'Reaktor' ni masih jugak tak puas hati. Dia katanya turut menghantar satu surat terbuka kepada MB Pahang agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Bebas yang terdiri daripada panel - panel Pakar mengenai sisa toksik dan radiasi sebelum kilang tersebut dibenarkan untuk beroperasi.

Jadi, pihak Kerajaan pun bersedia melantik panel yang pakar mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mendapatkan pandangan daripada Agensi Kuasa Atom Antarabangsa atau dikenali dengan nama IAEA.

12. Bila perkara tersebut diumumkan, Fuziah tetap tak puas hati jugak. Dia memohon agar Jawatankuasa tu turut dianggotai oleh panel luar yang terdiri daripada pemimpin masyrakat agar mereka mendapat penjelasan sepanjang kajian dijalankan.

Tujuan dia bukan apa. Dia sendiri yang nak menganggotai Jawatankuasa tu sebenarnya agar dapat dilihat sebagai Hero dikemudian hari. Tak masuk akal lansung cadangan dia tu. Apa kelayakan yang dia ada untuk menjadi Ahli Jawatankuasa tersebut?

13. Disebabkan tuntutan dia tidak dipenuhi, maka terjadilah insiden seperti hari ini dimana puak - puak Anti-Lynas tu membantah penglibatan IAEA sebagai panel bebas yang diberikan amanah untuk menjalankan kajian mengenai isu Lynas ni.

Konon kata diorang, IAEA ni hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja. Mereka kata IAEA ni tak layak nak menjadi panel bebas kerana ianya bukan bidang kuasa mereka kononnya.

Fuh!!! Berjela - jela kronologi ni rupanya. Ingatkan pendek je. Tapi itulah hakikatnya. Si Fuziah 'Reaktor' ni memang jenis tak kan berpuas hati selagi agenda Politik dia tak tercapai.

Sebab itu lah, apa sahaja penjelasan yang dibuat, dia mesti bantah. Dia mesti cari jalan lain untuk tersu mempolitikkan perkara tersebut. Dah nampak sangat yang dia sengaja nak menjadi Hero demi kepentingan Politik dia je sebenarnya.

Dia nak tunjuk kat Anugay tu yang dia buat kerja. Bukan macam Si Azan Ismail atau Si Fauzi pendek tu. Tapi kot ye pun nak jual diri, jangan la menipu rakyat!!!

Read more »

Monday, May 30, 2011

ISU LYNAS: YANG MEMBANTAH MENYOKONG???


Pelik bunyi tajuk artikel ni kan. Macam mana pulak puak - puak yang membantah ni boleh jadi penyokong? apa yang mereka bantah dan apa pulak mereka sokong???

Petang tadi, disiarkan satu artikel yang bertajuk: Ribuan Datang Membantah. Siap dengan gambar - gambar sekitar kawasan Hotel Hyatt, Kuantan lagi.

Artikel tu bukan bertujuan untuk mengubah fakta. Tetapi itulah hakikat sebenarnya. Memang ribuan orang yang membantah mengenai isu Lynas ni.

Ada puak yang membantah secara membabi buta sahaja demi kepentingan Politik individu tertentu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

Macam puak - puak Anti-Lynas tu la yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' tu. Tujuan dia ialah untuk memporak - perandakan keadaan dan menimbulkan huru hara semata - mata.

Satu puak lagi membantah campur tangan puak - puak Anti-Lynas ni dalam usaha panel bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan dari menjalankan tugas mereka.

Bagi puak - puak ini, isu ini bukan lagi soal Politik Si Fuziah 'Reaktor' tu sahaja. Tetapi demi mendapatkan Kebenaran mengenai perkara tersebut. 

Persoalan yang timbul dikalangan puak - puak ini ialah kenapa geng - geng Anti-Lynas ni nak membantah lantikan IAEA sebagai badan bebas untuk mengkaji tahap keselamatan kilang memproses logam nadir tu?


Bukan ke puak - puak Anti-Lynas tu jugak yang beria - ia nak pihak Kerajaan melantik satu panel bebas yang berkelayakan untuk memastikan tahap keselamatan kilang tersebut sebelum ianya dibenarkan beroperasi?

Jadi kenapa diorang buat bantah pulak sekarang ni? Sebabnya, maklumat yang disampaikan oleh Si Fuziah tu ternyata tidak tepat dan telah diputar belitkan.

Dia buat dakwaan bahawa IAEA adalah sebuah badan Antarabangsa yang hanya mempromosikan penggunaan Nuklear sahaja. 

Sedangkan apa yang dijelaskan oleh wakil daripada pihak IAEA pagi tadi jauh dari tafsiran yang dibuat oleh Si Fuziah 'Reaktor' ni.


Kata mereka, IAEA bukan sahaja menangani isu Nuklear sahaja. Mereka juga turut terlibat dalam kajian terhadap semua bahan mineral yang dikatakan mengandungi bahan radiasi.

Sebagai contoh, panel ini pernah membuat kajian terhadap perlombongan emas di Africa yang dikatakan mempunyai komposisi radiasi yang sama seperti logam nadir.

Dah jelas bahawa bantahan yang dibuat oleh puak - puak Anti-Lynas ni dibuat secara membabi buta sahaja tanpa mendapat keterangan serta fakta yang betul dari pihak tertentu. 

Ianya hanya mainan Politik Si Fuziah 'Reaktor' itu sahaja yang kerjanya menipu rakyat je. Tak lebih dari itu. Macam dah tak de kerja lain!!!

Read more »

(EDISI BERGAMBAR)LYNAS: RIBUAN DATANG MEMBANTAH!!!


Fuh!!! Hangat cuaca petang hari ni menghangatkan lagi keadaan di sekitar Hotel Hyatt, Kuantan. 


Hotel tersebut dikatakan menjadi tempat tumpuan panel - panel dari AELB mengadakan perjumpaan dengan Badan - Badan Bukan Kerajaan.


Kita cerita dulu pasal puak - puak yang membuat bantahan terhadap puak - puak Pakatan Pembangkang. Nanti kita cerita pasal pasal puak - puak Pembangkang pulak ek.


Dilaporkan hampir dua ratus orang yang hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap langkah Kerajaan dengan melantik badan bebas tu untuk mengadakan kajian.


Puak - puak yang menyokong Kerajaan itu rata - rata datangnya dari kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitar Kuantan.

Read more »

ISU LYNAS: FUZIAH TERUS MENGGILA!!!

"...Hish!!! Apsal Diorang Datang Jugak ni!!!..."

Hah! Hari ni ada lagi pendedahan mengenai isu Lynas ni dan dikatakan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu dah semakin menggila.

Dia didapati meracau - racau apabila mendapat tahu bahawa barisan panel pemantau dari IAEB kini sudah berada di Kuantan, Pahang untuk menjalankan kerja - kerja mereka.


Awal pagi tadi, barisan panel yang terdiri daripada pakar - pakar seluruh Dunia hadir dalam satu sesi tertutup dengan pihak Kerajaan Negeri.

Di antara wakil - wakil yang terlibat termasuk dari Belgium, Canada, India dan Amerika Syarikat. Masing - masing mempunyai kelayakan dalam bidang radiasi dan nuklear.


Menurut kata salah seorang dari wakil tersebut, panel - panel yang dipilih oleh IAEB ini mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang kajian Rare Earth atau logam Nadir.

Sebagai contoh, wakil dari India yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengurus dan memantau pemprosesan logam nadir di Negaranya sendiri.

Menurutnya, kini bekalan mentah di Negaranya sudah semakin berkurangan, maka kilang pemprosesan juga semakin kurang menjalankan aktiviti tersebut.

Hah! Tak pelik la kenapa Si Fuziah 'Reaktor' tu meroyan tak tentu pasal. Rupanya, barisan panel tu dah ada di Kuantan. 

Patut la puak - puak penyokong Bontot Si Fuziah tu dok sibuk berkumpul di hadapan Hotel Hyatt, Teluk Chempedak, Kuantan, tempat penginapan delagasi tersebut.

Tapi nak buat demo menda jadah kalau setakat ada kurang dari 20 orang je yang berkumpul? Itu saja nak buat bising, bukan nak buat bantahan!!!

Read more »

Sunday, May 29, 2011

AKHIRNYA MENUJU SUNGAI BULUH???


“Jelajah Selangor, Tawan Malaysia, ke Sungai Buloh!!!” – Jelas???

Thursday, May 26th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo

http://www.mykmu.net/?p=10761

Kadang-kadang di masa lapang, saya akan merayau-rayau di internet untuk mencari cerita-cerita lucu untuk menghiburkan bacaan saya. Tiba-tiba mata saya terpaku pada satu tajuk di sini. Melihat tajuknya saja, ketawa saya terus memecah kesunyian malam! Hampir berguling-guling saya di depan notebook! Memang saya tak sangka bahawa editor laman web ini begitu kreatif untuk mengenakan “boss”nya.

Tajuknya “Jelajah Selangor Tawan Malaysia ke Sungai Buloh”! Bahagian yang “ke Sungai Buloh” paling mencuit hati saya! Ke Sungai Buloh..?!!! Bukankah Anwar “allergic” ke dengan kawasan Sungai Buloh? Dengan perkataan “Sungai Buloh” pun dia sudah “kecut teloq”nya, apatah lagi nak masuk kawasan itu! Silap-silap mahu meraung dibuatnya.

Kempen tu diorang panggil “Jelas”. Mungkin diorang nak jelaskan bagaimana DNA Anwar ada dalam bontot Saiful? Atau diorang nak jelaskan tentang kehilangan jam tangan OMEGA milik Anwar yang tiba-tiba “ghaib” dari simpanan Kak Wan? Jelaslah diorang cuba nak menipu rakyat lagi…! Hati-hati wahai rakyat, fitnah mereka busuk bak bau bangkai, siapa yang tercium akan mati jiwanya…!

PKR nak jelajah Selangor, untuk menawan Malaysia dan terus ke Sungai Buloh? Opsss! Nak jelajah Selangor buat apa? Dengan jelajah Selangor saja boleh tawan Malaysia? Yakin betul nampak?! Nak tanya sikit, yakin ke dapat pertahankan Selangor? Yakin? Muktamad bahawa Selangor akan kekal dibawah Pakatan Haram? Kita tunggu PRU 13 nanti, siaplah rakyat Selangor ajar Khalid dan DAP cukup-cukup!

Rakyat Selangor sendiri dah serik dengan Pakatan Haram. “Khalid jadi boneka DAP”, bukan saya kata, itu kata orang kuat PKR Selangor! Kebanyakkan rakyat sudah nampak betapa teruknya Selangor di bawah Pakatan Haram. Mereka dapat melihat bagaimana DAP dan PKR sudah “naik tocang”! Jelajahlah seluruh negeri Selangor, itulah jawapan yang mereka akan dapat.

Bukan setakat itu saja, malah kes-kes yang membabitkan Anwar pun sudah cukup untuk rakyat Selangor berpatah arang dengan seluruh Pakatan Haram itu. Meskipun Anwar dari PKR, namun “dosa”nya itu turut terpalit kepada DAP dan PAS yang “bersetubuh” dengan Anwar! Kes-kes berkenaan dikhabarkan cukup menyakinkan rakyat bahawa Anwar “sudah mati” dalam ingatan mereka. Dalam bahawa orang putihnya, “Anwar is dead”!

Itupun mereka ada hati nak tawan Malaysia? Harap mereka cermin dulu mereka, belek-belek muka lama-lama sedikit, maka mereka akan melihat kenyataan bahawa mereka hanyalah segerombolan penipu bodoh yang cuba menipu rakyat dengan cara yang bodoh! Paling jauh pun yang mereka mampu pergi ialah ke “puduraya”, untuk ke Putrajaya rasanya mereka hanya mampu menelan air liur saja.

Manakan tidak? Sebelum cita-cita mereka tercapai, berkemungkinan besar “dewa” mereka akan berpindah dan bermastautin di Sungai Buloh. Jika tidak di Sungai Buloh, mungkin pemimpin “anugerah Tuhan” mereka itu akan singgah ke “rumah” yang lebih kurang sama bentuknya yang terdapat di Sungai Buloh. Itu rumah terbaik dan paling layak buat “Sivaji” mereka itu.

Kemudian, mereka akan kehilangan “teraju”, dan nasib mereka bagai “layang-layang terputus talinya”. Siapa nak jadi Perdana Menteri? DAP nak bagi PAS jadi Perdana Menteri? Jangan haraplah! DAP dan PAS rasanya akan bergaduh teruk! Ketika itu, barulah mereka tahu siapa kawan, siapa lawan…

Begitu caranya Pakatan Haram nak tawan Malaysia? Jangan mimpilah! Elok pergi pertahankan Kelantan. Silap-silap PRU 13 nanti, Kelantan pun mampu dirampas BN. “Ore Kelate pun doh tok se denge PAS dohhh..!”. InsyaAllah, BN akan kembali mendapat mandat 2/3 di Parlimen pada PRU 13 nanti. Asalkan Pak Lah dan KJ tak sabotaj, sudah!






Read more »

Friday, May 27, 2011

KENYATAAN AKHBAR BUAT FUZIAH!!!

Fuh!!! Makin hari, makin menggila Si Fuziah 'Reaktor' ni dibuatnya. Awal tadi, diorang nak buat bantahan kononnya di Masjid Batu Hitam dekat Kuantan.

Tapi dengar kata tak jadi sebab pihak Polis memang selalu solat Jumaat kat situ. Nak pulak lepas Jumaat tadi, keluar pulak laporan berikut.
Harap - harap, tak jadi gila terus la Si Fuziah 'Reaktor' dengan adanya laporan ni. Jangan la dia melalak - lalak macam orang gila kat tengah - tengah jalan selagi keputusan IRA tak dikeluarkan.

Tapi yakin la, walaupun ada kenyataan tersebut dibuat oleh MITI, Si Fuziah 'Reaktor" ni tetap akan meroyan jugak. Tak kira la sama ada laporan tu dikeluarkan atau tidak, dia memang gila.

Dia gila menyusahkan orang. Jadi ahli Parlimen, tapi gila glamer. Bila nak buat kecoh, menimbulkan huru - hara tak tentu arah, baru la nampak batang hidung dia.

Mengkala nak menjenguk rakyat, mengetahui masalah yang diorang hadapi, kirim salam je la. Jangankan batang hidung, bayang - bayang dia pun tak nampak. Buat menyemak je yang ditaunya. Lepas tu menipu orang. Macam Sial!!!

Read more »

share2