Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 31, 2011

LYNAS: BARANG-BARANG HASIL LOGAM NADIR!!!

"...Ish! Banyak Pulak Barang - Barang Ni!!!..."

Tajuk artikel ni merujuk kepada desakan yang dibuat oleh Si Fuziah dan puak - puak Anti Lynas ni la, apa lagi. 

Bagi mereka, memiliki barang - barang ni umpama menyimpan bahan radiasi yang turut dihasilkan oleh Lynas nanti.

Contoh Kereta Hybrid
1. Auto Catalyctic Converter yang didapati dalam kenderaan Hybrid yang mesra alam. Selain daripada ACC, blok enjin kereta Hybrid juga menggunakan bahan yang dihasilkan daripada Logam Nadir. 
Blok Auto Catalyctic Converter

2. Superconducter yang banyak digunakan dalam mesin MRI. Maka, sesiapa yang nak pergi buat pemeriksaan kesihatan dah tak boleh la sebab Fuziah tak bagi.

Contoh Mesin MRI Yang Biasa Ada Kat Hospital
3. Televisyen dan monitor jenis 'Flat Screen'  yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Jadi sesiapa yang melanggan Astro Beyond, baik buang je tv tu. Tak pun sedekah je.


4. Bulp Lampu atau mentol tungsten jenis yang baru ni. Rasanya mentol jenis ni memang banyak digunakan dirumah sekarang sebab dia menjimatkan tenaga elektrik.


5. Semua jenis 'Smart Phone' yang baru, terutamanya macam Iphone dan Blackberry. Sekarang ni, dua jenama ni tengah meletop dipasaran. Maknanya, Fuziah tak pakai la Blackberry untuk main twitter ye? Dia pakai apa ye?


6. Kalau dia tak pakai Blackberry atau Iphone, dia mesti pakai komputer. Bahan yang dihasilkan daripada logam nadir tu juga turut ada dalam Pemacu Disk atau dikenali sebagai 'Hard Disk'. Komputer kalau tak de 'Hard Disc' ni, umpama kereta tak de enjin.


7. Pemain MP3 dan jugak MP4 yang menjadi teman anak - anak muda zaman sekarang. Jadi tak pelik la kenapa anak - anak muda banyak mati sebab kanser ye? Dah diorang asyik usung bahan radiasi ni merata - rata. Tu kata Fuziah la kan.
8. 'Night Vision Goggle' yang biasa digunakan oleh pasukan tentera. Ala, teropong yang boleh tengok dalam gelap tu la. 


9. Pengukur Jarak Elektronik. Baru - baru ni, Syarikat Bosch ada keluar benda ni untuk memudahkan kerja - kerja Juru Ukur Bahan. Lepas ni, diorang kena pakai pakaian anti radiasi la kalau nak ukur jalan ye Fuziah???


10. Kelengkapan dalam kapal - kapal Perang milik Tentera Amerika Syarikat. Huh! Kenapa diorang tak jadikan baju anti radiasi tu sebagai baju rasmi diorang ek Fuziah???


Itu sebahagian yang dapat Semut paparkan. Kalau nak diikutkan, bersepah - sepah lagi barang - barang lain yang banyak menggunakan bahan hasil daripada Rare Earth ni.

Maka persoalan sama ada bahan hasil daripada Kilang Lynas ni ada pembeli atau tidak tak timbul. Sebab terlalu banyak barang - barang keperluan harian kita yang menggunakan bahan tersebut.

Jadi tak payah la susah - susah puak - puak Anti-Lynas tu nak kata yang bahan hasil kilang tersebut tak de pembeli. Kalau diorang kata macam tu, memang sah diorang penipu!!!

1 comments:

  • zulkifli says:
    June 5, 2011 at 1:25 PM

    Yang nak buat kilang tu dekat dengan penemaptan penduduk buat apa? Cuba terangkan kenapa Australia sendiri kata "TAK NAK" kpd projek ini. Kenapa kita nak bodoh sangat terhegeh hegeh biarkan mereka bina loji ni di Kuantan?

share2