Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 27, 2011

PAS KELANTAN HASUT RAKYAT TOLAK BR1M



1. Pas menghasuk rakyat Kelantan supaya menolak bantuan kewangan RM500 bagi setiap keluarga yang berpendapatan rendah kurang dari RM3000.

2. Kalaupun royaliti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan apakah rakyat negeri kelantan akan menerima RM500 atau lebih dari kerajaan Pas? Kemungkinan itu dirasakan sangat tipis.

3. Kerajaan Pas Kelantan ingin menutup kelemahan pentadbirannya yang tidak mampu memberikan kebajikan kepada rakyat negeri supaya jangan menerima apa yang mampu diberikan oleh Kerajaan Pusat BN dengan memfitnah itu wang haram.

4. Pas memerintah Kelantan selama 20 tahun, membina hanya sebuah masjid, tidak mampu membekalkan air bersih kepada rakyat, yang hanya mampu diberikan adalah mimpi dan janji syurga.


Perak Today
Bukan lagi rahsia bahawa Pakatan Rakyat akan menolak apa sahaja usaha dari kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat di negara ini. Bagi Pakatan, usaha mengutuk dan memfitnah setiap pemberian kerajaan adalah perlu bagi memastikan survival mereka di PRU 13 nanti.
Justeru itu, tak menghairankan apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM500 bagi setiap keluarga yang berpendapatan dibawah RM3000 sebulan, dikecam dan diperlekehkan sehabisnya oleh setiap pemimpin Pakatan Rakyat.
Yang terbaru, beberapa sepanduk dan kain rentang telah dinaikkan di negeri Kelantan untuk menghasut rakyat supaya jangan menerima bantuan tersebut. Kain rentang yang mempunyai gambar Menteri Besar Kelantan itu dilihat dipasang dibeberapa kawasan strategik sekitar bandar.
Lebih memalukan, wang bantuan RM500 tersebut didakwa “HARAM” kerana ia tak diketahui sumber hasilnya. Malah, tulisan di kain rentang berkenaan telah menasihatkan rakyat Kelantan supaya tidak keluar untuk mengambil wang tersebut.
Walaupun ramai dikalangan pemerhati politik menganggap kain rentang dan juga sepanduk menolak BR1M tersebut adalah kerja-kerja PAS sendiri, namun pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan telah menafikan kaitan Nik Aziz dengan tindakan pengharaman bantuan tersebut.
Mereka mendakwa, kewujudan kain rentang tersebut adalah diluar pengetahuan mereka dan gambar Nik Aziz sengaja digunakan bagi memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan itu. Persoalannya disini, siapakah yang mahu memburukkan imej Nik Aziz? Adakah UMNO Kelantan ataupun orang dalam PAS negeri sendiri?
Sebulan dua ini kita melihat pelbagai kemelut didalam PAS, baik diperingkat nasional mahupun di dalam negeri Kelantan. Seluruh rakyat tahu kemelut Hasan Ali dan juga Mustafa Ali. Rakyat juga memerhatikan bagaimana PAS diperkudakan oleh DAP.
Malah, isu wajar atau tidak Nik Aziz bertanding di PRU13 sekaligus menyandang lagi jawatan Menteri Besar Kelantan seandainya Kelantan bejaya PAS pertahankan, telah menjadi polemik utama pemerhati dan juga pemain-pemain politik negara.
Bukan lagi rahsia, ramai yang menginginkan jawatan Menteri Besar Kelantan. Jangan hanya lihat pada UMNO dan BN, didalam PAS sendiri sudah ada kem-kem yang sedang giat mengaturkan ketua mereka sebagai bakal pengganti kepada legasi Nik Aziz.
Dan keputusan Nik Aziz untuk kekal bertanding di Pilihanraya Umum ke 13 nanti pastinya membantutkan usaha mereka menaikkan bakal MB yang baru. Atas sebab tersebut, bukankah ia menjadi alasan kukuh untuk menjatuhkan imej Nik Aziz dimata rakyat Kelantan sendiri?
Oleh itu, kain rentang dan juga sepanduk yang mengharamkan bwang bantuan BR1M itu bolehlah dianggap usaha-usaha pihak dalaman PAS negeri bagi membuatkan Nik Aziz dibenci, sekaligus membuka jalan kepada pihak yang mahu menggantikan Mursyidul Am tersebut.
Bukankah senario ini lebih tepat untuk menggambarkan apa yang berlaku dalam politik PAS di Kelantan?

0 comments:

share2