Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 27, 2011

OMBAK BESAR DI TERENGGANU




Kuala Terengganu - Fenomena Ombak besar yang melanda pantai tmur Semenanjung khususnya di Terengganu sungguh luar biasa. Ombak besar setinggi melebihi 5 meter menghempas dan memusnahkan beberapa kediaman tepian pantai di sekitar terutamanya didaerah Dungun dan Kemaman.

Fenomena berkenaan dojangkan akan berlanjutan sehingga Januari depan sebagaimana yang diramalkan oleh pihak kaji cuaca.

Ombak besar berkenaan bukan saja memusnahkan rumah kediama ditepi pantai, bahkan juga memunsahkan segala lanskap dan jalan raya akibat dari hakisan ekoran hempasan ombak berkenaan. Justeru diingatkan supaya tidak sesiapa menghampiri serta melalui kawasan berkenaan sekiranya tidak ada keperluan kerana bimbang akan bahaya yang akan dihadapi yang diluar jangkaan.

Kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.

Antara daerah yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan ialah Dungun dengan hampir sebahagian persisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam semalam, ombak setinggi lebih lima meter telah memusnahkan hampir keseluruhan landskap tepi pantai yang dirimbuni dengan pohon rhu dan jalan raya sepanjang kira-kira kilometer menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas. 


Di KEMAMAN, penduduk Kampung Tanjung, Kuala Kemaman, di sini, turut diancam hakisan pantai eko­ran bencana itu sehingga sebuah rumah musnah sementara beberapa rumah lagi di pesisir pantai itu semakin hampir dihempas ombak. 


Rumah bercantum dengan kedai makan dihuni Juliati Ismail, 30, bersama suami, Mohamad Abdul Rashid serta tiga anak mereka runtuh dalam kejadian ombak besar beserta ribut 22 November lalu kini hampir sepenuhnya ditelan ombak setelah fenomena ombak besar kembali sejak dua hari lalu. 

Menyedihkan lagi, empat rumah penduduk lain juga di ambang kemusnahan sekiranya bencana ombak ber­te­­­­r­usan kerana tebing pantai terhakis teruk sekali gus mendekatkan lagi jarak rumah masing-masing dengan laut. ~ Sinar Harian

0 comments:

share2