Apakah yang rakyat Mesir dapati setelah menggulingkan Presiden Mereka Hosni Mubarak tidak lama dulu? Konon pemerintahan yang ada ketika itu tidak adil dan tidak memberi kebajikan kepada rakyat. Konon inginkan demokrasi dan kehidupan yang lebih bebas. Mereka tidak sedari bahawa api yang membakar bumi Mesir itu tersebar dari media sosial dan atas mainan konspirasi tangan-tangan asing yang memusihi negara-negara Islam.
Kebodohan kita adalah apabila sentiasa mengangap sesuatu yang datang dari barat adalah yang terbaik, sikap mendewa-dewakan barat memberikan peluang kepada mereka menanam kebencian kita kepada budaya dan pekerti kita sendiri. Satu demi satu negara Islam akan jatuh dan berada dalam keadaan tidak stabil politiknya dan huru hara. Inilah cara baru penjajahan kuasa barat dengan menggunakan rakyat tempatan untuk memusnahkan negara sendiri.
Di negara kita bunga-bunga itu telah mula berkembang. Terbaru, atas nama demokrasi dan demonstrasi aman para pelajar IPT telah merusuh dan menunjukkan sikap biadapnya dengan menyerang dan menurunkan bendera serta gambar pemimpin negara. Jangan kita terkejut nanti apabila negara kita juga akan jadi hura-hara seperti negara-negara teluk kerana kebodohan pelajar IPT kita sudah menular. Bersiap sedialah untuk kita terhina dan berada dalam keadaan yang tidak tenteram seperti di Mesir sekarang ini tidak lama lagi.
Pertempuran di Kaherah
berterusan
2011/12/20
KAHERAH: Pasukan
keselamatan Mesir bertempur untuk hari keempat berturut-turut dengan penunjuk
perasaan yang menuntut penamatan pemerintahan tentera ketika angka korban
mencecah 12 orang dan walaupun mendapat bantahan antarabangsa.
Dua orang terbunuh dalam pertempuran di pusat pentadbiran di Kaherah apabila
pasukan keselamatan menyerbu untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Pertempuran itu reda
sebelum ratusan orang kembali ke Dataran Tahrir — medan tunjuk perasaan yang
menggulingkan Presiden Hosni Mubarak — untuk menghadiri pengebumian seorang
penunjuk perasaan.
Bagaimanapun,
Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih kuasa Januari lalu
menafikan ia mengeluarkan arahan supaya kekerasan digunakan terhadap penunjuk
perasaan itu dan menyatakan satu rancangan untuk membakar bangunan Parlimen
dapat dipatahkan. - Agensi / Berita Harian
0 comments:
Post a Comment