Pages

Tuesday, December 20, 2011

JANGAN BIARKAN NEGARA HURU-HARA



Apakah yang rakyat Mesir dapati setelah menggulingkan Presiden Mereka Hosni Mubarak tidak lama dulu? Konon pemerintahan yang ada ketika itu tidak adil dan tidak memberi kebajikan kepada rakyat. Konon inginkan demokrasi dan kehidupan yang lebih bebas. Mereka tidak sedari bahawa api yang membakar bumi Mesir itu tersebar dari media sosial dan atas mainan konspirasi tangan-tangan asing yang memusihi negara-negara Islam.

Kebodohan kita adalah apabila sentiasa mengangap sesuatu yang datang dari barat adalah yang terbaik, sikap mendewa-dewakan barat memberikan peluang kepada mereka menanam kebencian kita kepada budaya dan pekerti kita sendiri. Satu demi satu negara Islam akan jatuh dan berada dalam keadaan tidak stabil politiknya dan huru hara. Inilah cara baru penjajahan kuasa barat dengan menggunakan rakyat tempatan untuk memusnahkan negara sendiri.

Di negara kita bunga-bunga itu telah mula berkembang. Terbaru, atas nama demokrasi dan demonstrasi aman para pelajar IPT telah merusuh dan menunjukkan sikap biadapnya dengan menyerang dan menurunkan bendera serta gambar pemimpin negara. Jangan kita terkejut nanti apabila negara kita juga akan jadi hura-hara seperti negara-negara teluk kerana kebodohan pelajar IPT kita sudah menular. Bersiap sedialah untuk kita terhina dan berada dalam keadaan yang tidak tenteram seperti di Mesir sekarang ini tidak lama lagi.


Pertempuran di Kaherah berterusan


2011/12/20


KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir bertempur untuk hari keempat berturut-turut dengan penunjuk perasaan yang menuntut penamatan pemerintahan tentera ketika angka korban mencecah 12 orang dan walaupun mendapat bantahan antarabangsa. 


Dua orang terbunuh dalam pertempuran di pusat pentadbiran di Kaherah apabila pasukan keselamatan menyerbu untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Pertempuran itu reda sebelum ratusan orang kembali ke Dataran Tahrir — medan tunjuk perasaan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak — untuk menghadiri pengebumian seorang penunjuk perasaan.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih kuasa Januari lalu menafikan ia mengeluarkan arahan supaya kekerasan digunakan terhadap penunjuk perasaan itu dan menyatakan satu rancangan untuk membakar bangunan Parlimen dapat dipatahkan. - Agensi / Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor