Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 21, 2011

Tanah Runtuh Di Genting Highlands, Seorang Lelaki Cedera

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di KM 13.9 Genting Highlands, Bentong malam ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.

Beliau berkata mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.
"Disebabkan kejadian itu, jalan selepas check point pertama itu terpaksa dilencongkan," katanya.

Sumber BERNAMA

0 comments:

share2