Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 29, 2011

Kerajaan Telus Dalam Laporan Audit


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak terhadap pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan kini telah membuka 36 fail siasatan.

SPRM dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya telah menjalankan siasatan ke atas sebahagian besar isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan hasil aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

"Antara tindakan yang telah diambil SPRM adalah membuka sebanyak 36 fail siasatan.

"Masing-masing tujuh fail dibuka di Sabah dan Perak, enam di Terengganu dan Kedah, tiga di Johor dan Pulau Pinang, manakala dua di ibu pejabat dan Sarawak," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa lebihan perbelanjaan membabitkan SPRM sebanyak 0.73 peratus mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 adalah disebabkan untuk menampung bayaran bonus tahunan atau Bantuan Khas Kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah.

Pembayaran tersebut dibuat mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010.

"Sebenarnya, lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak membawa maksud SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan ataupun melanggar mana-mana prosedur pengurusan kewangan.

"Sebaliknya, bayaran ini adalah merupakan bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan," jelas kenyataan itu.

Sumber: MNN

Kerajaan BN tetap berani untuk mempamerkan ketelusan dalam pentadbiran. Nak tengok pembelanjaan negeri PR? Hahaha jangan haraplah. Seboleh bolehnya hendak dipusing sampai hilang laporan audit.

1 comments:

  • Anonymous says:
    October 29, 2011 at 12:53 PM

    Salam .setakat siasatan.Tapi lepas tu semua org yg terlibat tetap bebas.apa guna siasatan?

share2