Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 18, 2011

Nik Aziz Dibuang Ke Somalia?

Segelintir masyarakat yang tidak tahu bersyukur dengan keamanan di negara ini dicabar tinggal di Somalia selama sebulan bagi merasai kehidupan rakyat negara itu.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, beliau sanggup menaja golongan itu untuk ke sana kerana mereka tidak menghargai nikmat yang ada di negara ini.

''Apabila berada di sebuah negara miskin, barulah mereka tahu tentang penderitaan rakyat negara tersebut dan sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Pendidikan Daerah Maran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di sini, baru-baru ini.

Ismail yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengingatkan pihak tertentu khususnya pembangkang supaya jangan menimbulkan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Aku setuju sangatlah kalau kita eksport puak pembangkang ni ke sana. Biar mereka belajar erti susah dan tahu bersyukur. Selama ni mereka hanya sebut syukur di mulut sedangkan dihati tidak. Allah s.w.t dah banyak beri mereka rahmat tapi masih tidak mahu bersyukur. Masih salahkan orang lain kata itu ini tidak betul.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 18, 2011 at 8:01 PM

    jangan jadi zalim. kesian org somalia tu. dah lah kebulur, nanti celaru dek fatwa songsang org yg ko nak export ni. kesian le kat org yg ditimpa kesusahan fizikal ditambah pulak kesusahan rohani. jarang yg mampu nak betahan kalu dah jsmani dan rohani diduga.

share2