Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 15, 2011

Mahfuz & Din Pudu Tidak Tahu Apa Itu Murtad


Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik, Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Katanya, murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.

Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Dalam pada itu, bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus. - Utusan Malaysia

Habis hancur perjuangan PAS sekarang. Jika dahulu mereka kata mereka pejuang islam. Tetapi dalam isu murtad, mereka menampakkan mereka seolah olah pejuang nasrani pula. Cuma hanya ada beberapa orang sahaja yang berani berani takut untuk menyuarakan sokongan terhadap islam.


Sampai sekarang dua pemimpin Agung PAS iaitu Hj Hadi dan Nik Aziz masih terkunci mulut untuk mengatakan sokongan kepada islam. Selain mereka berdua, mana perginya Mat Sabun, Mahfuz Bean dan Din Pudu? Kenapa tiada apa apa komen daripada mereka?. Ramai pemimpin PAS tahap IQ mereka hanya tahap budak sekolah rendah je. Hanya tahu sembang politik tetapi tidak mampu berfikir untuk isu yang besar seperti kes murtad.

0 comments:

share2