Berikutan pendedahan yang dibuat oleh beberapa blog mengenai isu yang dibangkitkan oleh Hata Wahari ni, dia dicabar untuk mengemukakan bukti.
Rasanya, selama ni, tak pernah pulak dengar kata pihak JASA membiayai blogger. Jadi, dari mana sumber dakwaan yang dibuat oleh Si Hata Wahari ni?
Kat mana dia ceduk 'fakta' yang mengatakan bahawa blogger Pro UMNO ni dibiayai oleh pihak JASA? Kata dia, semuanya berlandaskan fakta. Jadi 'fakta' mana yang dia cakapkan tu?
Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.
Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.
Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.
“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.
Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.
"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.
Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.
Disebabkan kenyataan diatas, Hata Wahari dicabar untuk kemukakan bukti dan fakta berkaitan dengan dakwaan tersebut.
Itu pun kalau dia berani la. Kalau dia jenis macam Si Ketua Penipu tu yang hari - hari suka buat dakwaan tapi bila mintak dibuktikan, kecut telur, baik tak payah.
Suruh budak sekolah tadika pun boleh buat dakwaan macam tu. Pun ada hati lagi dia nak kata blogger ni buat tuduhan liar?
Kalau berani, tunjuk bukti la brader!!! Jangan main cakap je. Entah - entah dia yang dapat duit tajaan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, lagi nak tuduh orang pulak!!!
Kalau tak percaya, cuba siasat. Tengok, dari mana dia dapat sumber kewangan untuk dia menubuhkan syarikat akhbar dia tu. Jangan tuduh orang je pandai. Kang kena muka sendiri, Baru Padan Muka!!!
0 comments:
Post a Comment