Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 26, 2011

JANGAN POLITIKKAN ISU LYNAS!!!



Kalau korang ingat, Persatuan Pencinta Alam Malaysia merupakan antara penyokong kuat kepada Gerakan Anti Lynas ni.

Tetapi selepas penjelasan secara berfakta yang dibuat oleh dua orang ahli saintis menerusi Buliten Utama kelmarin, nampak gayanya, mereka pun dah mula tukar pandangan.

Maka, tindakan ini dilihat sebagai satu lagi tamparan hebat buat Si Fuziah 'Reaktor' yang menjadi dalang kepada gerakan tersebut.

Sekarang dah terbukti bahawa isu kilang Lynas ni dibangkitkan dengan cara penyelewengan fakta dengan tujuan untuk menakut - nakutkan rakyat.

Tak ketinggalan jugak yang ianya dilakukan hanya untuk menjadi bahan Politik oleh Si Fuziah 'Reaktor' itu sahaja. Padahal kilang tu bukan dalam kawasan Parlimen dia pun.

Yang herannya, kenapa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sendiri hanya mendiamkan diri dalam isu tersebut sedangkan Gebeng berada dalam kawasan dia?

Dah semakin jelas bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu merupakan seorang Penipu!!! Dah nama parti pun Parti Kencing Rakyat. Apa lagi yang perlu kita perkatakan!!! Itu je la kerja diorang pun!!!

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pembinaan kilang Lynas Corporation Ltd. yang bertujuan untuk memproses nadir bumi harus dilihat secara objektif melalui pendekatan ilmu dan bukannya dibayangi kepentingan politik.
Sehubungan itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam, Prof. Dr. Maketab Mohamed berkata, penjelasan dua saintis nuklear negara, yang mana salah seorang adalah wakil rakyat Pas harus diterima secara objektif oleh semua pihak.
Katanya, ini kerana penjelasan mengenai kadar radiasi tersebut dibuat berdasarkan fakta, hasil kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa badan bertanggungjawab dan bukannya bersifat kenyataan politik.
"Kita kena melihat isu ini secara objektif dan berdasarkan ilmu. Apa yang menjadi masalah isu ini diselit sekali dengan kepentingan politik membabitkan kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang dan kerajaan.
"Saya sendiri menerima penjelasan Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dan Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) kerana percaya penjelasan itu berdasarkan kepakaran mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Malam semalam, TV3 melalui Buletin Utama mendedahkan penjelasan terperinci dua saintis nuklear negara tersebut dengan menjelaskan kilang Lynas selamat, sekali gus menempelak Ahli Parlimen Kuatan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh.

1 comments:

  • Admin says:
    August 26, 2011 at 9:20 AM

    Post anda dipaparkan di Page FB berikut:- http://www.facebook.com/pages/Malaysia-Politics-Blogger-Page-ProAnti-Gov/211246465595305?sk=wall

    Jika setuju, sila Like Page tersebut, sebaliknya sila email kepada Admin untuk remove blog feed anda daripada Page tersebut.

    Terima kasih

share2