Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 25, 2011

Jamuan Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia



Semalam sempat la kami menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa Bersama dengan YAB Perdana Menteri Malaysia di Temerloh.


Program dimulakan dengan sesi lawatan Perdana Menteri ke Pejabat UMNO Bahagian Temerloh yang baru di Pekan Mentakab.


Kemudian program diteruskan ke Dataran Tok Gajah dimana selautan manusia hadir untuk berbuka puasa dengan YAB Perdana Menteri Malaysia ni.


Malah, Datuk Seri Najib juga turut diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan kepada para hadirin sebelum masuk waktu berbuka.

Acara diteruskan pula dengan solat Maghrib, Isya' dan Terawih serta solat sunat Witir secara berjemaah. 


Diantara waktu Maghrib dan Isya', sesi tazkirah disampaikan oleh YB Syed Ibrahim, ADUN Kerdau yang menang dalam Pilihan Raya Kecil yang lalu.


YAB Perdana Menteri juga turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir selepas solat sunat selesai.


Agak - agak korang la kan. Pernah tak korang tengok mana - mana aktiviti seumpama ini dibuat oleh Si Ketua Penipu tu? Korang fikirkan lah sendiri ye.

0 comments:

share2