Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 26, 2011

Waspada Kemungkinan Banjir


Penduduk negeri ini diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir berikutan cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke tempat lebih selamat termasuk ke pusat pemindahan banjir yang disediakan jika diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

"Jangan tunggu banjir menjadi serius baru hendak berpindah kerana tindakan yang lewat boleh mengundang padah dan kehilangan nyawa. Saya faham kebanyakan mangsa banjir enggan berpindah kerana bimbang keselamatan rumah dan harta benda mereka yang terdedah kepada kecurian tetapi kita juga perlu mengutamakan keselamatan serta nyawa dan keluarga kita sendiri terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesra Rakyat Bersama Pemimpin peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan menyampaikan sumbangan kepada 30 mangsa banjir kilat dari Kampung Gemeti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini semalam.

Turut hadir Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

0 comments:

share2