Rasanya bila baca tajuk artikel ni, mau terasa panas telinga. Pipi pun terasa kembang walau pun tak kena lempang betul - betul.
Tapi sekali sekala, kena jugak dibagi peringatan macam ni agar kita sentiasa beringat. Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada sampai lupa diri.
Malam tadi, katanya di Temerloh telah diadakan satu Majlis Ceramah Agama yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian.
Penceramah yang memberikan ceramah pada malam itu ialah seorang penceramah Bebas yang terkenal iatu Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah.
Kehadiran pada malam semalam mencecah 1200 orang yang setia mendengar isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Ridhuan ni dari mula sampai habis.
Antara lain, Ustaz Ridhuan mengingatkan umat Islam agar sentiasa berhati - hati dengan agenda subversif sesetengah pihak yang sengaja menimbulkan provokasi.
Beliau sendiri mengakui bahawa beliau sudah penat dicaci maki dan dihamun oleh bangsanya sendiri kerana dia cuba mempertahankan Islam.
Bagi kaum Cina, kata beliau, apabila melangkah menjadi umat Islam, maka secara tak lansung mereka juga akan menjadi Melayu.
Itulah dakyah dan propaganda yang sering digunakan oleh DAPigs untuk menakut - nakutkan Cina terhadap orang Melayu sebenarnya.
Tapi malangnya, beliau juga turut sedih kerana pada hari ini, semakin ramai pula orang Melayu Islam sendiri yang tidak bangkit mempertahankan bangsa sendiri.
Malah Melayu itu sendiri sebaliknya menyerang semula bangsanya dan bergaduh sesama sendiri. Perkara ini yang akan meruntuhkan Perpaduan Ummah dan tidak menguntungkan Islam sama sekali.
Hah! Tak ke pedih rasanya bila dilempang oleh seorang yang bukan Melayu? Tapi kalau dah dasar orang yang dilempang tu tak sedar diri nak buat macam mana.
Bila Melayu ajak berkawan, beria - ia diorang tolak sampai dijadikan musuh paling ketat. Tapi bila bukan Islam ajak demi kuasa, pangkat dan darjat, matipun diorang sanggup pertahankan.
Adakah itu yang dikatakan semangat Perpaduan Ummah yang dianjurkan dalam Islam? Fikir - fikirkan lah sendiri ye. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la!!!
0 comments:
Post a Comment