Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 28, 2011

SUARA KEADILAN MENGHINA ULAMAK



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 
 
Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.

"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.

"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah. - Utusan Malaysia

Hahaha inilah dia permainan PKR. Menfitnah dan melaga lagakan orang. Berdesing telinga orang PKR bila Datuk Dr Haron Din sendiri mengaku dia membaca Utusan Malaysia. Selepas ni tak ada orang dah nak percaya pada suratkhabar dajjal ni hehehehe.

1 comments:

  • hafiz says:
    April 28, 2011 at 10:22 AM

    Kalau Dato Haron Din Tak Boikot Utusan, Macam mana ahli bawahan sibuk nak boikot?

share2