Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 12, 2011

CARA SAKMONGKOL MENTAFSIR PEPERANGAN NAGASHINO.





Kagemusha adalah filem yang diakui antara filem kegemaran Dato' Ariff Sabri, bekas ADUN Pulau Manis , Pekan, yang sekarang blogger antara sempadan BN/Pembangkang. Dalam senarai blog top ranking, beliau bahkan di labelkan sebagai pembangkang. Ironinya, beliau sendiri mengaku beliau UMNO to the core.

Beliau mengkritik Datuk Seri Najib yang berkempen kuat ke Sarawak. Dalam posting terbarunya, The mountain move to Sarawak, beliau membuat perumpamaan dari filem Kagemusha (Shadow Warrior) arahan Akira Kurosawa. Dan memang beliau seorang arm-chair strategist. Patutlah sepenggal saja berkhidmat dan dibenamkan oleh Pak Lah.

Di sebalik kebijaksanaan Sakmongkol mentafsirkan segala, dan sebelum ini juga beliau telah memberi 'bullet'  kepada pembangkang seperti dalam posting Weapon of weak, Savior and oppressor dan High Chied Jabu and his 48000 acres of  NCR Land, tapi semua itu dilakukan hanya di Semenanjung, dengan membaca beberapa blog Sarawak yang menentang Taib Mahmud. Memang beliau  layak menjadi pengkritik armchair. Buka komputer, goggle sana sini, buat rumusan dan cuba yakinkah khalayak bahawa dia seorang pemikir. 

Ini bukan teori ekonomi, ini realiti politik!

Kononnya, mengikut filem Kagemusha, gunung tidak sepatutnya bergerak. Anak Takeda Shingen, Katsuyori telah melanggar amanat ayahandanya dan menyerang Ieyasyu Tokugawa (bukan Oda Nobunaga) dan menemui kekalahan yang mengakhiri keluarga Takeda.

Kononnya kekalahan ini berpunca dari 'gunung yang bergerak'. Begitu juga dengan Najib. Sebagai paramount leader, Najib merupakan 'gunung' dan tidak perlu bergerak ke Sarawak. Biarkan Timbalannya sahaja melaksanakan strategi bagi memenangkan BN.

Pertama, itu bukan maksud sebenar 'the mountain does not move'. Banner perang peribadi Takeda Shingen dengan penuh berbunyi: "Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, unmovable as mountain'. Ini merupakan taktik perang keluarga Takeda, dengan maksud 'swift as wind', Takeda akan menyerang musuhnya dengan menghantar light cavalry selaju angin bagi memporakperandakan pertahanan musuh. 

Dengan maksud 'silent as forest', bermakna secara senyap ashigaru, atau infantry akan bergerak menyerang musuh, di ikuti dengan maksud 'fierce as fire', apabila heavy cavalry menyerang dan memusnahkan sama sekali tentera musuh. Di belakang segalanya, walaupun tidak bergerak tapi memberi arahan, adanya 'unmovable as mountain' iaitu general sendiri, Takeda Shingen.

Banner ini banner peribadi Shingen. Anaknya tidak mewarisi banner ini. Setelah beliau mati, Shingen berpesan kepada general dan anaknya kematian Shingen perlu dirahsiakan selama tiga tahun. Beliau juga menegah mereka dari menyerang mana-mana musuh selama tiga tahun. Perang Nagashino yang menyaksikan kekalahan keluarga Takeda tidak ada kena mengena dengan 'mountain does not move'. Katsuyori bukan 'mountain' dan dia menyerang Tokugawa, sekutu Oda kerana gopoh, dan kalah.

Jadi perumpamaan ini tidak boleh dipakai dalam kes Datuk Seri Najib. Beliau hanya seorang PM yang mewarisi UMNO dari seorang PM yang lemah dan menyebabkan BN dalam keadaan defensive. PM itu merupakan PM pujaan Dato' Sakmongkol. Mewarisi empayar yang lemah, sewajarnya PM bekerja keras menyelamatkan UMNO dan BN. Pujian patut diberi, bukan kejian.

Memang era BN Sarawak bersenang lenang sudah berakhir. Memang BN perlu menggembeling segenap tenaga untuk menang. Dan Sakmongkol memuji Anwar, orang yang dinobatkan oleh Margaret Tatcher sebagai Menteri Kewangan paling hebat, jika ibaratnya seperti pemain bola, Anwar merupakan bintang. 

Sakmongkol mengkritik UMNO yang menolak buku jingga Anwar yang baginya ampuh. Saya masih ingat kebijaksanaan Anwar: menaikkan kadar BLR, memendekkan NPL dari 6 bulan kepada 3 bulan dan bersetuju menyerahkan kemerdekaan ekonomi Malaysia kepada IMF. Dan Anwar merupakan pujaan hati Sakmongkol, seorang ahli UMNO tegar. 

Oh Dato' Sakmongkol, berbalik kepada pujian Thatcher, masih belum faham lagi kemunafikan diplomasi Barat? Camdesassus sebagai pengarah IMF telah memuji Malaysia sebagai negara contoh bijak dari segi  mengurus kewangan dua minggu sebelum serangan matawang pada tahun 1997, tiba-tiba terus menyerang Malaysia sebulan selepas itu. IMF melabelkan Malaysia corrupted, tak transparent dan mengamalkan kroni.


Dimana sebenarnya Dato' Sakmongkol berdiri? Dipihak yang mana?

0 comments:

share2