Ini 'tagline' lidah rasmi Parti Angguk Saja tu. Harakah dengan slogan tepat dari sumber kononnya demi perjuangan Islam PAS katanya.
Tapi nak kata dia sebarkan dakwah dalam tu, tak de jugak. Semua cerita pasal politik. Jadi memang sah la PAS ini sebuah parti politik. Bukan parti yang memperjuangkan Islam.
Kalau dia benar - benar memperjuangkan Islam dan menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan, perkara seperti ini tak mungkin akan berlaku.
Harakah Daily semalam didapati menyebarkan gambar fitnah yang bertujuan untuk memburuk - burukkan imej Ummi Hafilda.
Konon Presiden PAS sebelum ini menyeru agar pengikut - pengikutnya berhemah walaupun ketika berperang dalam politik.
Tapi nampak gayanya, pengikut - pengikut PAS serta lidah rasmi mereka sendiri telah melacurkan amanat Hadi Awang itu.
Hari ini, kalau kita baca semula Harakah Daily, mereka dah buang gambar provokasi terhadap Ummi.
Kenapa mereka buang? Sebab dah tentu mereka tahu perbuatan mereka itu salah. Mereka tahu apa yang mereka buat itu hanya memalukan Parti Angguk Saja tu sebenarnya.
Diorang ingat rakyat ni bodoh macam diorang ke? Nasib baik rakan MPP awal - awal lagi dah 'print screen' artikel tu semalam. Jadi diorang masih jugak kantoi 'tak cantik'.
Dah la diorang tuduh Ummi sebagai 'Askar Upahan' tanpa sebarang bukti yang kukuh. Setakat ikut pendapat sesetengah pihak, apa barang.
Kalau betul nak tuduh Ummi sebagai askar upahan, tunjuk la bukti. Dan pastikan bukti itu sah serta tepat dari sumber yang benar. Jangan nak main tuduh yang bukan - bukan!!!
0 comments:
Post a Comment