Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 16, 2011

SELAMATKAN PAHANG?, PAHANG LEBIH SELAMAT TANPA PAS


Beginilah kedaifan premis perniagaan di Pasir Mas, Kelantan
Slogan membangun bersama Islam hanyalah papantanda semata-mata.


Kuala Lumpur – Pas tidak menganggap kekalahannya merebut kerusi dalam PRK DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini sebagai tekanan, sebaliknya merasakan parti itu masih kuat.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penglibatan Pas dalam 2 PRK itu adalah latihan kepada jentera partinya untuk menghadapi PRU.

“Undi Pas diMerlimau hanya berkurangan 500, berbanding PRU yang lalu, manakala di Kerdau undi kita berkurangan sebanyak 180 sahaja. Ini bermakna Pas kuat dan kita tidak kalah sebenarnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam............ – (Sinar Harian Rabu 9hb. Mac 2011 m/s N6)




Demikianlah kenyataan angkuh dan bodoh sombong pemimpin Pas yang menganggap kemenangan adalah hak mutlak mereka kerana Pas adalah Parti pilihan Allah dan direstui Allah. Menolak Pas berdosa dan boleh menjurus kepada Neraka. Tidak mengundi Pas juga adalah jahiliah.

Di Pahang ada gerakan Pas untuk menawan Pahang. Mereka anjurkan dengan nama Selamatkan Pahang. Mungkin yang tidak selamat di Pahang ini bukan rakyatnya, tetapi adalah ideologi Pas itu sendiri yang tidak mendapat tempat di negeri ini.

Kemenangan di DUN Kerdau baru-baru ini membuktikan bahawa rakyat menolak Pas. Dulu Pas pernah bertapak di Jerantut di DUN Tahan namun UMNO merampasnya semula. Kepada penyokong Pas di Pahang, andai merasakan bahawa Pahang ini tidak selamat untuk dihuni, maka berangkatlah ke negeri Kelantan dimana Pas memerintah dan jadilah rakyat Kelantan serta nikmatilah syurga yang dijanjikan oleh Nik Aziz itu bersama kesengsaraan kehidupan dunia.

Bukan Pahang yang perlu diselamatkan, tetapi rakyat patut menganjurkan kempen ‘Selamatkan Kelantan’ yang semakin mundur serta tiada pembangunan. Rakyat hidup dalam derita. Ekonomi tidak berkembang. 

(Klik sini untuk lihat kesengsaraan rakyat Kelantan dibawah Pas)

0 comments:

share2