Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 15, 2011

Puak PAS Kepanasan

Para pencinta kebenaran dan sekutu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama Pas diseru membuat solat hajat bagi meminta Allah menunjukkan kebenaran dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana Anwar masih enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sedangkan rakyat menuntut beliau berbuat demikian untuk mengetahui kebenaran.

Menurutnya, ia sudah menjadi isu awam menyebabkan rakyat terlampau ingin mengetahuinya lalu mendesak Anwar berbuat demikian.

"Ini sudah menjadi isu awam tetapi kita tidak sepatutnya mencampuri urusan mahkamah. Apa pun, saya seru orang ramai terutama ahli Pas membuat solat hajat bagi dibuktikan kebenaran.

"Bukan buat solat hajat meminta agar pihak ini menang dan pihak itu kalah, tetapi solat hajat supaya ditunjukkan kebenaran. Kalau Anwar benar, benarlah dia tetapi kalau Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) yang benar, semua pihak harus terima," katanya.Utusan Malaysia

Bertambah panas puak PAS jadinya kalau disuruh buat solat hajat untuk mendapat kebenaran. Selama ni puak PAS hanya buat solat hajat untuk pecah perut, untuk dapat duit, untuk menjahanamkan umat islam. Kalau suruh untuk mendapat kebenaran, jangan haraplah diorang nak buat.

Kita tunggu sama ada diorang ni berani atau tidak hehehehe

0 comments:

share2