Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 16, 2011

ORANG MELAYU DILAYAN BAGAIKAN ANJING

 Gambar hiasan: Perniagaan yang dirobohkan


Nasib penjaja dan peniaga Melayu di negeri ini terus teraniaya diancam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dahulu, gerai-gerai yang didirikan golongan itu di sekitar negeri ini terutama kawasan Batu Feringgi dan Tanjung Bunga menjadi sasaran penguatkuasa negeri apabila diroboh dan diruntuhkan.
Kali ini 18 peniaga van bergerak di Pantai Queensbay, Bayan Baru di sini pula menjadi mangsa terbaru apabila diarahkan tutup dan berdedar dari kawasan tersebut semalam oleh kira-kira 50 penguatkuasa dari MPPP, polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Namun nasib mereka agak baik apabila campur tangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu, berjaya berunding dan peniaga dibenarkan terus berniaga.

Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke bahagian perlesenan MPPP di Padang Kota Lama, hari ini.
Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil didakwa untuk memudahkan urusan tersebut.
Namun, seperti menunggu buah yang tidak jatuh, setelah menunggu hampir dua jam di Bahagian Perlesenan MPPP hari ini, tiada seorang pun pegawai pihak berkuasa tempatan itu datang menguruskan permohonan mereka.

‘‘Nasib kami ini lebih buruk daripada anjing. Sudahlah selalu diganggu MPPP semasa mencari rezeki, kini apa yang dijanji tidak pula ditepati. Macam-macam alasan diberikan. Pengarah mesyuaratlah, tiada di pejabatlah.

‘‘Kami cuba memberi kerjasama dan mengikut segala prosedur yang ditetapkan, tapi ini balasan yang kami dapat. Esok kami tetap berniaga di situ. Jika MPPP datang kami tidak akan tutup van dan tidak beredar dari situ. Apa nak jadi, jadilah,” tegas Mohd. Saiful Ammar. - Utusan Malaysia
Begitu hina orang melayu diperlakukan di P.Pinang. Inilah jadinya apabila mereka diperintah oleh bangsa asing. Sedar atau tidak, sebenarnya orang melayu P.Pinang sudah dijajah semula. Untuk keluar dari penjajahan bentuk baru ini, orang melayu P.Pinang dan seluruh Malaysia amnya harus bersatu dan bertindak sekarang.

Semua orang melayu harus insaf apabila melihat nasib saudara seagama mereka dizalimi oleh kerajaan bangsa asing di P.Pinang. Perkara ini seharusnya menjadi iktibar untuk menolak parti pembangkang. Setiap undi yang diberikan kepada parti pembangkang, membolehkan negara ini dijajah semula.

Orang melayu harus bersatu menentang penjajahan bentuk baru!

0 comments:

share2